ROLAND CHIA ADUN INANAM BERJIWA RAKYAT KERAJAAN NAMPAK USAHANYA BANTU RAKYAT



OLEH: ISMAILY BUNGSU
Sunday Sept, 18/2016

BILA melihat kegiatan ADUN  Roland Chia seolah dia itu macam seorang menteri kabinet dalam kerajaan, malah kekadang usahanya itu melebih2 usaha seorang menteri dalam sesebuah kerajaan.

Setiap hari ada saja yang dia lawat dan perbetulkan di DUNnya Inanam dan itu cukup saya kagumi dan saya ini memang seorang pemerhati dan membaca apa saja sebaran orang lain di facebook atau grup-grup  whatsapp.

Yang lain memang juga saya perhati dan sesekali sentuh seperti ketua-ketua cabang lain seperti Keningau, Beaufort dan juga ketua cabang Tawau saudara KONG HONG MING. memang saya kagum.

Roland bukan ahli kabinet dan bukan wakil rakyat BN tetapi dia wakil rakyat PKR dan sebagai wakil rakyat pembangkang, memang tidak ada peruntukan untuk diagih-agihkan kepada rakyat dan dia juga memang tidak dibenarkan mewakili atau menyampaikan bantuan dari jabatan kebajikan atau mana-mana agensi kerajaan.

Wakil Rakyat  Kerajaan kalau membantu itu bukan dari poket mereka sendiri tetapi dikorek dari peruntukan yang memang dikhaskan oleh kerajaan atau yang Ahli  Parlimen ada peruntukan khas dari pusat.

Misalnya bantuan PPRT atau tangki biru itu dari kerajaan dan ADUN BN yang sampaikan dan itu seolah derma dan dikasih oleh BN, padahal peruntukan itu dari WANG DISATUKAN yang maksudnya dari rakyat kepada rakyat bukan milik peribadi YB BN.

Manakala YB pembangkang langsung tidak menerima satu senpun dari kerajaan( kecuali Wakil Rakyat UMNO di Selangor dapat RM200K dari kerajaan(PR) dan tugas pembangkang hanya membangkang dan mencadang sesuatu yang baik, sama ada diterima atau tidak terserah kepada kerajaan BN yang memerintah/dipertanggungjawabkan sebab merekalah yang diamanahkan untuk menjaga WANG DISATUKAN itu.

Roland Chia wakil rakyat Inanam hanyalah menerima gaji sekitar RM10k sebulan dan sejumlah itulah sahaja yang dia belanjakan untuk membantu rakyat sedang itu harusnya digunakan untuk perbelanjaannya sendiri dan bukan untuk diserah kepada rakyat.

Saya lihat kegiatan  Roland Chia untuk menjaga kawasan Inanam memang agak sukar sebab kawasan Inanam itu memang agak payah dan banyak sangat masalahnya terutama hal banjir dan kemiskinan yang keterlaluan jika diteliti masuk ke dalam.

Nah, boleh dikatakan setiap hari  Roland melawat dan melihat mereka yang miskin/susah dan serentak itulah juga dia menyumbang sedaya yang mampu dan dikira sekitar RM50K atau lebih juga dia belanjakan untuk membantu dan wang itu dari poketnya sendiri.

Nasiblah  Roland Chia ada klinik sendiri dan berdasarkan pendapatannya di sana ia sumbangkan untuk rakyat terutama kawasannya di Inanam yang diwakili.

Saya melihat disamping  Roland,  Lajim dan juga Kong Hong Mingtermasuk Puan Rahimah Majid dan ketua cabang Keningau saudara Johari Tahir,   Terence,  Darel dan ada lagi tak disebutkan namanya cukup prihatin.

Tahiah buat  Roland Chia yang selalu sebuk dan kesan sebuknya itu kami jarang ketemu dan jarang minum sama meski dijanji berulang kali.

Masing-masing ada peranannya dan selamat maju saja.


No comments:

Post a Comment