( Tak berkuasa baru suarakan?)
OLEH:ISMAILY BUNGSU
Monday September
05/2016
RAMAI sangat
yang bertanya kenapa masa DS Shafie Apdal tidak membantah soal GST, hutang
berbilion dan sebagainya masa duduki kerusi menteri dan kenapa sesudah
tinggalkan kabinet baru ia perkatakan.
Sila maklum bahawa
termasuk kakitangan yang duduki kerusi perkhidmatan Awam kena akur
undang-undang atau peraturan yang dikenakan dan pegawai perkhidmatan awam kena
akur Perintah Am dan lain-lain peraturan/pekeliling.
Sebagai
menteri juga sama ketika angkat sumpah menteri ada beberapa syarat peraturan
kena akur dan tidak boleh dilanggar dan itulah yang menjadi sumpah.
Sistem
kabinet kita ini diikut cara barat dan jika tak setuju keputusan kabinet dan
bising di luar, kena berhenti atau letak jawatan sebab memang begitulah
peraturannya.
Umumnya
apa saja keputusan kabinet, itu makna keputusan bersama dan yang tidak
bersetuju
TERPAKSA
bersetuju dan sama mempertahankan di luar kabinet dan itulah peraturannya
kabinet.
Soal
GST dan lain2 memang sudah disuarakan dalam kabinet tetapi majoriti setuju
kesan ramai melembu, maka DS Shafie Apdal kena akur suara ramai dan tidak boleh
membantah sebab sistem kabinet telah mensyaratkan demikian.
Jika
sistem itu dilanggar sepertinya DS Shafie Apdal suarakan hal 1MDB di luar
kabinet, maka kesannya PM pengerusi kabinet berhak memecat dan kemudian
menggantung keahlian DS Shaife Apdal parti dan kesannya itulah yang kita sedia
maklum.
Jadi,
kenyataan DS Shafie Apdal dikatakan tidak menyuarakan kepentingan rakyat itu
tidak benar dan akhirnya DS Shafie Apdal secara berani dan tidak khuatir
kesannya, maka itulah yang terjadi dan dia sendiri tidak pernah kesal kesan
tindakannya itu dan rakyat harus menghargai dan tidak ramai individu yang
duduki kerusi menteri berani melakukan apa yang DS Shafie Apdal lakukan.
Tahniah,
meski tersingkir ia tak pernah menyesal sebab bukan jawatan yang ia kejar
sebalik kepentingan rakyat dan terserah sama rakyat memikir dan menilainya.
No comments:
Post a Comment