PEMBANGKANG
MEMANG DENGKI
( pembangkang kuat fitnah makan dedak banyak)
( pembangkang kuat fitnah makan dedak banyak)
OLEH ISMALY BUNGSU
Monday
September 05/2016
PEMBANGKANG terutama
yang di Sabah memang jenis pendengki melihat kejayaan BN, BN terbukti telah
memajukan negeri Sabah hingga penduduk Sabah kayaraya dan mewah serta makmur
hidup mereka hingga ahli-ahli setiap
bulan dapat ganjaran dari YB-YB UMNO/BN setiap orang RM4,000.00 punya bagus UMNO/BN.
Jalan
di kampung memang semuanya beraspal licin macam jalan ke syurga dan jalan-jalan
di Kota Kinabalu berkilatan dan tiada
lobang2 kelihatan dan semuanya terbaik terutama sekali masuk ke kawasan Inanam
dan memang cantik dan kerajaan BN memang terbaik dalam dunia.
Kalau
kita ke Pitas, Paitan, Ulu Sook atau Tenom memang jalannya cantik dan di
kampung2 semuanya sudah dapat tenaga letrik rakyat di sana cukup berbahagia
sekali.
Kalau
kita melalui jalan KK-Ranau-Sandakan-Lahad Datu-Tawau-kalabakan dan ke sipitang
lalu ke Beaufort kita akan melihat seluas mata memandang ladang-ladang
menghijau penuh dengan kelapa sawit dan itu memang miliknya orang Dusun, Murut,
Brunei, Bisaya dan pelbagai bangsa di Sabah.
Syarikat-syarikat
luar negara seperti Sarawak dan Malaya memang tidak punya dan semuanya milik
orang lokal dan inilah yang menyebabkan rakyat suka sangat BN dan setiap
election mereka tetap undi BN.
Minyak
dalam perut bumi kita memang milik kita sepenuhnya dan siapa kata Malaya yang
kuasa dan kita kuasai 95% dan hanya 5% milik syarikat luar Sabah. Tahniah orang
Sabah dan Sarawak minta 20% tidak mereka peduli dan Musa Aman memang terbaik
dan hebat dapat 95% minyak.
Kerajaan
BN memang baik dan segala hutan mereka bongkar dan balak mereka angkut dan itu
balak milik kerajaan negeri dan dananya untuk membina surau, masjid, sekolah
dan derma anak-anak yatim dan segala macam. Memang BN hebat.
Siapa
kata Sabah termiskin di Malaysia. Itu tidak benar dan hakikat sebenar
Sabah/Sabahan merupakan yang terkaya sekali banding negeri lain dan memang BN
maha hebat.
Apa
tidaknya baik, BR1M BN kasih dan itu duit BN sendiri bukan kerajaan dan memang
baik dan kemudian BN juga kasih tangki biru dan itu bukan duit kerajaan tetapi
duit BN dan memang BN ini terbaik dalam dunia dan itu sebab ramai yang dengki
kehebatan Najib memimpin negara.
Kenapa
terbaik sebab ramai yang menderma dan masuk ke akaun PM dan Arab tua yang kaya
raya tunduk sama PM dan kesannya arab tua dermakan 2.6 bilion masukkan ke akaun
Najib sebab dalam akaun Najib lagi selamat banding dimasukkan ke akaun UMNO.
Siapa
kata BN maksudnya barang naik? Ahmad Maslan kata GST bisa menjadikan barang
murah dan memangpun sekarang barang murah dan turun harga. Susu juga turun kata
Ahmad Maslan dan dialah yang paling berani mengatakan barang turun gara-gara
GST. Ahmad Maslan memang menteri terbaik.
Amerika
ini memang sakit hati kemajuan Malaysia dan kerana itulah penguam negara saman
dan dikaitkan dengan MO1 dan itu juga tidak benar dan Najib siap akan saman
selasa depan tanggal 32hb nanti.
Memang membangkang
di Sabah ini rata2 berhati busuk dan dengki sangat kejayaan BN dan Salleh,
Rahman dan pandikar memang pemimpin terbaik dalam dunia dan otak mereka semua
terbaik dan itu kita puji hingga Sabah penerima anugerah negeri terkaya.
Teruskanlah
semuanya ketawa dan memang terbaik dan tiada lagi parti yang boleh memerintah
Malaysia dengan baik kecuali BN dan BNlah parti yang berkuasa sampai nanti
kiamat sebab BNlah yang Allah tentukan pimpin Malaysia dengan baik ada surahnya
ayat 52 dalam kitab.
No comments:
Post a Comment