OLEH:
SORAYA EGG
Friday
Sept. 30/2016
1.SEJAK kebelakangan
banyak dibicarakan isu penyatuan parti parti pembangkang tempatan Sabah
sebanyak 13 buah parti yang layak bertanding PRU14.
2.Namunpun ada usaha usaha
penyatuan melalui USA tetapi hanya lah merupakan ikatan longgar dan tidak ada
seberang perkembangan setakat ini malahan dilihat cuba berdiam diri berhubung
isu isu yang dihadapi oleh kerajaan kalau adapun hanya sekadar melepas batuk di
tangga.
3.Kehadiran Datuk Seri Shafie Apdal berasaskan parti tempatan
menghangatkan kembali politik Sabah dan mendapat sambutan yang baik dari rakyat
Sabah di mana setiap jelajah dapat menghimpun orang awam 8,000 hingga 20,000
untuk mendengar amanat dan penerangan Shafie.
4.Namunpun parti beliau
dalam proses akhir penjenamaan semula telah ramai ahli ahli UMNO dan orang awam
dan beberapa wakil rakyat bersedia bergabung dengan parti beliau sebaik
pelancarannya dirasmikan.
5.Kemasukan pemimpin
pemimpin muda KDM telah membawa nafas baru dan keyakinan orang ramai semakin
meningkat bahawa mampu menghadapi UMNO dan Musa semasa PRU14 seterusnya dapat
mengembalikan maruah politik Sabah yang selama ini berlindung di bawah ketiak
UMNO sehingga harus berbisik kepada Najib untuk mendapatkan hak rakyat Sabah.
6.Shafie akan menghimpun
pemimpin baru bertenaga muda untuk melatari partinya kelak yang bebas dari
korupsi dan berakhlak tinggi takut kepada Allah demi membangunkan negeri ini
yang jauh ketinggalan berbanding Malaysia Barat.
7.Selain jadi tumpuan
kerjasama parti lokal dan menjadi keutamaan kerjasama peringkat Nasional di
khabarkan Shafie tak sabar menunggu hujung tahun ini akan terbentuk satu
kerjasama politik meliputi Sabah-Sarawak-Semenanjung dalam satu wadah bergerak
bersama untuk membentuk Malaysia Baru(Kerajaan pusat dan Negeri)
8.Jika kerjasama ini ujud
kemungkinan parti luar DAP dan PKR akan diserapkan dalam parti pimpinan Shafie
dan akhirnya hanya UMNO sahaja yang tinggal parti luar berhadapan dengan
semangat S4S.
9 Apakah SAPP dan STAR
Sabah mampu bersendirian berhadapan BN atau pun mengambil peranan sebagai
peranan PAS untuk memecahkan undi untuk memberi kelebihan pada UBN.
10.Rakyat Sabah sudah pasti
mahu perubahan skala besar, memajukan rakyat adalah tanggungjawab setiap
pemerintah tetapi yang penting nawaitu dan roh sesebuah kerajaan.
No comments:
Post a Comment