( PRN(S) Mac-0gos selepas raya/parlimen menyusul)
OLEH:
ISMAILY BUNGSU
Saturday Sept. 24/2016
KOTA KINABALU:- Selepas Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking keluar
dari Parti KeAdilan Rakyat (PKR) untuk
berjuangan bersama-sama Datuk Seri Shafie Apdal minggu lalu kini akan menyusul
dua lagi Ahli Parlimen dari BN bakal
bertindak sama satu dari Utara.
Menurut
sumber-sumber yang boleh di percayai dua
MP yang bakal bertindak keluar dari BN itu kini sedang menyusung jadual yang paling sesuai untuk mengumukan secara
rasmi keluar dari BN.
Sementara dua lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) satu dari kawasan pedalaman disahkan mereka bersiap sedia untuk
umumkan keluar dari BN.
Kata
sumber itu buat masa kini banyak cawangan-cawangan UMNO diseluruh Sabah bakal
dibubar ekoran kekurangan ahli-ahli UMNO yang keluar beramai-ramai meninggal
parti itu sejak akhir-akhir ini.
“Mereka
hanya menunggu Shafie datang ke lokasi yang dimaksudkan itu bagi menyaksikan sendiri
ramai orang kuat UMNO mengumumkan mereka akan keluar meninggal UMNO buat
selama-lamanya.
“Saya
menerima makluman bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan diadakan
sekitar Mac-Ogos tahun depan terutama selepas hari raya, sementara pilihanraya
untuk perlimen dikemudiankan” kata sumber itu lagi.
Parti-
Parti pembangkang di Sabah kena bersiap sedialah dan usaha pakat sama utamakan
kepentingan rakyat dan bukan asyik bercakaran dan berebutan untuk menjadi Yang
Berhormat atau minta dicalonkan di election mendatang.
Sesiapa
saja yang dipilih jadi calon harus kita sokong dan PRU mendatang mesti BN
dilawan secara " satu sama satu"
No comments:
Post a Comment