OLEH:
SORAYA KIGIS
Jumaat
Sept. 16/2016
1.PEMBENTUKAN Malaysia menyambut hari ke 53 hari ini dan pada usia ini bagi seorang insan telah
cukup dewasa apa tak lagi meniti sejarah negara dalam situasi sukar dan senang.
2.Rakyat Malaysia kekar dan kental di belakang pemimpin
untuk menghadapi setiap aral dan rintangan yang dihadapi negara dari zamam
konfrontasi hingga era komunis rakyat terus bersetia tanpa keluhan apa lagi
menyerah kalah hanya berserah pada takdir.
3.Ujian
demi ujian sudah lumrah adat dunia apalagi era globalisasi dan zaman pasca
moden rakyat telah beberapa kali hadapi kemerosotan hidup dan ekonomi negara
adakala memberansangkan atau disebaliknya tetapi rasa çinta pada tanah air
semuanya dapat diatasi akibat kerajaan dan rakyat saling sandar menyandar.
4.Pemimpin bangga kerana rakyat dapat menikmati jerih
payah usaha sama dan meletakkan negara dipersada dunia sebagai negara dinamik
berdaya maju dan dihormati serta juara negara dunia ketiga menjadi sandaran dan
rujukan atau role model mereka.
5.Akibat kejayaan ini pemimpin terpukau dan rakyat mulai
dilupakan dan polisi kerajaan pun turut berubah pada dulu kesejahteraan rakyat
menjadi keutamaan dan kebajikan mereka tetap terpelihara dengan menyediakan
berbilion ringgit subsidi tetapi itu sudah berlalu, malahan beban GST amat
terkesan dalam kehidupan rakyat jelata hari ini kerana memberi penekanan negara
berpendapatan tinggi.
6.Hubungan Timur Barat Malaysia bukan bertambah baik
dalam jejak 53 tahun berlalu tetapi semakin parah masih kedengaran di sana sini
tuntutan dan minta kesamarataan agihan pendapatan dan jurang kemajuan dan lebih
parah lagi MA63 masih di peringkat perbincangan, walaupun melangkaui lima dekad
umpama "rumah sudah siap pahat masih berbunyi".
7.Kini Malaysia berada di suatu persimpangan yang getir.
Kita berhadapan dengan suatu krisis yang parah. Kos sara hidup rakyat kian
meningkat. Harga barangan keperluan harian semakin mahal. Nilai ringit rendah.
Pendapatan rakyat terjejas dengan suasana ekonomi yang suram.
8.Mari kita tanamkan semangat dan jati diri untuk
menghadapi kemelut negara ini melalui pengalaman yang lalu sehingga meletak
kembali Malaysia di kedudukan kukuh dan teguh.
SELAMAT HARI MALAYSIA KE 53
SELAMAT HARI MALAYSIA KE 53
No comments:
Post a Comment