OLEH:
SHAIMON S JUMADI
Monday
Sept, 12/2016
SANDAKAN: Ahli
Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt yang ditemani oleh Frankie Poon dan
George Hiew merupakan pemimpin DAP Sandakan telah mengadakan lawatan kerja bagi
menemui para penjaja di pasar besar Bandar ini kelmarin.
Tujuan lawatan itu adalah
untuk mendekati rakyat khususnya para penjaja berkenaan mengenai
masalah-masalah yang mereka sedang dan telah hadapi yang tidak pernah
diselesaikan oleh pihak yang berkenaan dari dulu dan sekarang.
Setibanya Wong bersama
rombongan mereka banyak menerima
pelbagai aduan tentang falisiti-falisiti yang terdapat di dalam kawasan pasar
berkenaan antara kebocoran bumbung, kerosakan kipas angin dan kebajiran penjaja haram yang
terdiri dari PATI.
Apapun kata Wong semua
permasalahan yang diadukan oleh para penjaja berkenaan akan diajukan kepada
pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) untuk tindakan lanjut.
No comments:
Post a Comment