( suaranya dianggap tikam belakang)
OLEH: ISMAILY BUNGSU (Wednesday Sept, 07/2016)
" SIAPA..
kata saya tak suarakan di kabinet? Ada
kalanya saya semacam bergaduh dengan PM dan ahli2
kabinet lain tapi apa dayanya saya kala suara-suara kita tidak mendapat
sokongan" kata DS Shafie Apdal tika ia hubungi saya kelmarin.
Katanya Rahman Dahlan dan yang lain semuanya tahu apa
yang saya suarakan, sebalik ada ahli kabinet asyik diam tak berani suarakan
kes-kes memudaratkan kesan tindakan=tindakan pemimpin yang boleh merosakkan ekonomi negara
bangsa.
" Kita faham ahli kabinet tidak boleh suarakan di
luar dan keputusan kebinet semua kena akur dan kena sama pertahankan meski
keputusan itu tidak menyenangkan hati " tambah DS Shafie Apdal lagi.
DS shafie memang lantang suarakan isu2 tertentu terutama
hutang negara dan minta dikaji selidik syarikat 1MDB dan mahu jika terdapat
salah tatakelola maka tindakan perlu diambil.
" Saya bising di kabinet tidak dipeduli dan kesan
tak tahan demi kepentingan rakyat maka saya suarakan di luar dan itu yang
menyebabkan saya dipecat dengan alasan fitnah sekongkol dengan pembangkang di
atas pentas sama " jelas DS Shafie Apdal.
Ikut laporan peguam negara Amerika dana 1MDB diguna untuk
biayai filem anak tiri, bayar kos makan angin di kapal mewah, beli kondo, bayar
judi dan macam-macam lagi.
Hutang negara kian membengkak, dana 1MDB bilion2 entah ke
mana dan bunga pinjaman kian meloncat bebankan negara dan akhirnya banjet pendidikan
dikurangkan kesan anak-anak bangsa kita terbeban.
" Bila saya suarakan kesan kemungkinan-kemungkinan memudaratkan negara maka saya jadi korban tapi
tidak mengapa dan saya tak pernah menyesal kala jawatan bukan tujuan pertama
saya tapi kepentingan rakyat lagi saya utama meski saya dikorbankan"
katanya lagi sambil ia ucap selamat hari raya qurban tak lama lagi.
Marilah kita sama berkorban kerana Allah semata bukan
kerana sesiapa dan kesan Hari Raya qurban bakal menjelang tiba maka DS Shafie
mengajak rakyat terus bersatu dan bersama menentang kemungkaran yang ada di
sekitar dan kepenting rakyat harus benar-benar diutamakan.
Salam Raya Qurban dan "Sahabahan for Sabah" dan
kita kena ubah Sabah hijrah ke arah yang lebih baik dan sama berkorban kerana
Allah semata.
Ubah sabah
Sabahan for Sabah
Sabahan for Sabah
No comments:
Post a Comment