(Hukum Di Malaysia Pilih Bulu Kalau Pembangkang Buat Hal Terus Masuk Penjara Bertahun-Tahun Kalau Ahli-Ahli UMNO Buat Hal Terlepas Dari Tindakan Undang-Undang)
Tuesday
Sept 27/2016
DALAM negara segala macam-macam AKTA dicipta niatnya hanya
menghukum ahli-ahli pembangkang, penulis
yang berani suarakan kebobrokan BN dan kalau adapun
ditangkap hanya yang kecil-kecil dirasa tak jatuhkan pemimpin atasan yang kaki
korup, menipu dan segala macam.
Bila ada
saja yang bersuara hal-hal sulit pelanggaran hukum seperti dana dalam bank
milik Najib, maka itu akan ditangkap jelas akta yang ada hanya menangkap
penyebar maklumat dan bukan tangkap pencuri.
Hakikat
jelas itulah sebab-sebabnya AKTa Poka dan hasutan ada dan jelasnya
ketidakadilan ada di situ.
Misalnya
kes menghina Cina babi dan bakar bible serta kata-kata perang Salib tidak pula
ditangkap malah mereka dibiar saja mengata kata-kata yang membakar semangat
benci kaum dan ini sebenarnya tidak boleh dan boleh ditangkap tetapi terus
dibiar dan dikatakan tidak salah.
Lalu apa
saja gunanya akta itu dicipta? Bila segala macam undang-undang di Malaysia kita
lihat ada tempang di mana-mana kesan sebelahi pemerintah yang melantik
mengamanahkan diri mereka duduki kerusi Penguam negara, hakim maka jelas mereka
itu berkerja untuk tuannya dan bukan untuk kepentingan rakyat jelata dan di
sini rakyat sedang memerhatikan tindakan mereka yang mengampu bodek terus
selamatkan kerajaan wang gaji untuk makan anak bini. Tidak berkat!
Maknya
kita kena bertindak untuk mohon dunia adili secara adil kasus di Malaysia ini
dan kesannya Amerika telah mengarahkan HBI siasat PM Najib dan kesanya dikata
mereka mahu runtuhkan kepimpinan Melayu di Malaysia.
Kalau di
Malaysia dia kebal kerana semua yang berkenaan atas arahannya tetapi hukum
antarabangsa tidak akan dapat menyelamatkan sesiapapun yang korup dan kerana
itulah Duta Malaysia buat Amerika berusaha temukan Datuk Khairuddin Abu Hassan
dengan FBI tetapi secepatnya Najib arah polis yang Khairuddin tak boleh keluar
Malaysia.
Kita
lihat apa selanjutnya nanti dan kalau memang Najib benar, rasa Najib tak perlu
takut dan beranilah hadapi hakikat. Tidak mungki pahawan Bugis takut hadapi
hakikat tak bersalah.
Saya
perhatikan kapal sedang belayar dan angin ribut di depan siap karam di lautan
antartika membeku di sana nantinya.
No comments:
Post a Comment