OLEH:
ISMAILY BUNGSU
Friday
Sept. 30/2016
YANG meletihkan saya bila ada soalan kebudak2an di laman
sosial terutama di grup Whatsapp. Kekadang saya terlepas pandang tetapi mereka
katakan itu soalan maut Datuk Seri
Shafie Apdal (DSSA) tak bisa jawab dan memang kekadang soalannya kebudak2an dan
tidak semua saya layan.
Yang
terbaru Panglima Hitam banyak sangat menyalahkan DS Shafie dan sebelum ini
banyak pertanyaan bahawa apa saja yang Shafie lakukan terhadap Sabah.
Shafie duduki
menteri persekutuan dan Shafie kena jaga seluruh Malaysia bukan semata Sabah
dan kalau dia menumpu Sabah semata atau Semporna maka itu namanya tidak adil
dan Allah akan hukum Shafie sebagai pemimpin berat sebelah.
Sekarang
Shafie tidak lagi duduki kerusi persekutuan, maka itu yang menyebabkan dia
punya masa kelilingi Sabah dan jelaskan apa sebenarnya.
Masa
duduki kerusi kabinet persekutuan, Shafie kena akur ETiKA KABINET bahawa apa
saja persoalan kena bincangkan di kabinet dan tidak boleh terus ke parlimen dan
kalau majoriti kabinet setuju maka barulah dibenarkan.
Ahli
kabinet tidak boleh suarakan sesuatu yang memudaratkan parti meski BENAR dan
bila bercakap di luar hal parti itu makna melanggar ETIKA KABINET dan itu
sebabnya Shafie dipecat dari kabinet. Memecat ahli kabinet memang kuasa seorang
PM selaku pengerusi kabinet. Itu FAKTA bukan Auta.
Panglima
Hitam nama palsu diharap hatinya tidak hitam dan dia menghentam Shafie konon
soalanya merupakan soalan maut yang tidak boleh dijawab oleh seorang Shafie.
Soalan itu jelas soalan kebudak-budakan yang harus banyak belajar dan banyak
membaca lagi.
Di
Malaysia ini memang aneh ada dua kerajaan, satu kerajaan Negeri dan satu
kerajaan persekutuan. Semua yang mahu jadi penulis politik atau ahli politik
kena faham fungsi kedua-dua kerajaan negeri dan persekutuan ini.
Kita ke
pokok persoalan dan Panglima Hitam kata soalanya itu soalan maut Shafie tak
boleh jawab dan saya juga ia katanya konon tak boleh jawab sebab soalannya
MAUT.
Panglima
Hitam jelas kurang ilmu dan kena belajar peraturan TRESURY INSTRUCTIONS atau
"TI" dan kemudian kuasa kerajaan negeri dan juga kuasa2 DO di Sabah.
Memang
benar Shafie duduki menteri di persekutuan dan punya peruntukan bilion dan
peruntukan yang ada di Kementeriannya itu ia salurkan ke kerajaan negeri Sabah
dan kekadang masuk ke Jabatan Pembangunan Sabah dan kemudian disalurkan ke
Kementerian Kewangan Negeri Sabah.
Dari
Kementerian Kewangan kekadang terus disalur ke Pejabat Daerah masing-masing di
Sabah dan di situ meskipun sudah ada individu datang ke KL untuk mohon
peruntukan itu belum tentu haknya dan bila sampai ke pajabat daerah, maka tuan
DO kena hubungi YB MP/Dun di kawasan berkenaan.
Pernah
berkali-kali yang berusaha turun naik di pejabat Shafie di Kuala Lumpur dan bila sampai ke
Daerah kesan dia tidak menyokong YB berkenaan maka peruntukan itu dicantas dan
YB kononya memberikan kepada orang lain dan sikawan gigit jari.
Nah,
Panglima Hitam kena faham istilah tender tertutup, terbuka, terhad dan TERBUKA
dan kena faham juga yang disebut Quatation. Jika tak faham kena tanya pegawai
kerajaan dan kena tanya yang kerja di bendahari atau kementerian kewangan.
Pernah
Shafie salukan peruntukan sekitar 100 juta untuk bakalan air di Kota Marudu dan
itu dikuasai oleh Kementerian Kewangan dan bila peruntukan disalur ke Sabah
maka Shafie langsung tidak ada kuasa, malah Dr Mix yang MP Kota Marudu juga
kehilangan kuasa sebab projek dekat 100 juta. Mata membesar melihat jutaan
untuk penuhkan kantung sendiri.
Siapa
yang dapat? Maka itulah kuasa kementerian kewangan dan mesti kelulusan Ketua
Menteri sendiri melalui setiausaha tetap Kementerian di maksud jika dikasih
secara AWARD dan di sini jelas kuasa itu kerajaan Negeri dan bukan DS Shafie
Apdal. Kasus dekat 100 juta projek air Kota Marudu itu terbantut tiga tahun
kesan berebutan siapa yang dapat kontrak. Faham?
Kasus
dan peraturan kewangan ini kena faham dan bukan komen membabi buta dan
menyalahkan DS Shafie sendiri dan cara itu tidak benar dan kasus ini sudah
berkali-kali saya jelaskan dan nampaknya soalan yang dikatakan MAUT itu adalah
soalan sampah dan soalan kebudak-budakan yang main hentam keromo.
No comments:
Post a Comment