BERMULALAH REVOLUSI UBAH SABAH (S4S)


OLEH: E. SORAYA EGG
Friday September 02/2016

1.S4S (Sabah for Sabahan) adalah jati diri rakyat Sabah untuk bersatu menghadapi kepentingan bersama demi memajukan diri mereka atau negeri tumpah darah mereka.

2.Sabah for Sabahan adalah memadukan ikatan kekitaan di antara etnik dan dirumitkan lagi mempunyai latar agama dan budaya berbeza,kalau tidak diurus dengan baik akan menimbulkan perpecahan di antara mereka akibatnya akan membawa kerugian kepada diri mereka sendiri.

3.Sabah for Sabahan ada satu gerakan menyatukan rakyat Sabah agar lebih kuat bila berhadapan mempertahankan hak mereka dan tidak bermakna menolak kerjasama dari luar kumpulan mereka asalkan memberi keuntungan atau saling hormat-menghormati

4.Sabah for Sabahan andainya menyokong kerajaan dengan padu, tentu tidak menjadi masalah atau ditafsirkan negatif tetapi tidak boleh di paksakan arah sokongan mereka tetapi perlu mengikut lunas lunas demokrasi tergantung pilihan mereka sendiri.

5.Pengalaman politik Sabah tidak pernah bersatu kerana elemen suku dan agama telah menjarakan mereka terutama politik kepartian dipengaruhi kesukuan dan agama telah melemahkan Sabah.

6.Sabah for Sabahan adalah asas penyatuan rakyat Sabah dan mengelakan perbezaan suku atau bangsa,agama dan budaya.
Elemen boleh dielakan bila meresap nilai nilai jati diri sebagai warga Malaysia di Sabah yang mementingkan maruah dan masa depan bebas,makmur,aman dan sejahtera.

7.Sabah for Sabahan perlu ditangani secara baik dan menyatuni perlembagaan dan undang undang negara pada masa yang sama kita terus menutut hak Sabah dalam lingkungan yang dipersetujui semasa pembentukan Malaysia, dan tanggungjawab Persekutuan bukan hanya melepas batuk di tangga atau bila tersepit.

8.Sabah for Sabahan hanya diperjuangkan melalui wadah politik yang dipimpin oleh pemimpin berjiwa Sabahan dan mempunyai intergeriti. Berani berkorban, bukan pemimpin yang bersifat Robin Hood atau menyelam sambil minum air. Sikap pemimpin yang menyuarakan hak Sabah pun ketakutan sehingga berbisik untuk kepentingan rakyatnya perlu ditolak, kerana tidak mempunyai nilai politik yang sejati dan keyakinan diri.

9.Rakyat Sabah perlu yakin diri boleh mengurus negeri ini dengan baik dan berkesan, pengalaman yang lalu bukan alasan kita terus memberi ruang penjajahan politik berterusan sehingga mengambil hak kita kena minta izin......

10.Sambutan hari Kemerdekaan Sabah tahun ini di Kota Marudu telah membawa erti yang bermakna bagi pejuang hak Sabah dan bermula satu revolusi perubahan ke arah positif......orang muda bila balik kampung sedarkan emak,bapa,makcik,pak cik dan orang kampung apa yang berlaku sebenar......SABAH MAJU JAYA.


No comments:

Post a Comment