OLEH:
SORAYA EGG
Khasmis
Sept, 15/2016
1.MUNGKIN kamu tahu tapi tak merasa
rakyat meniti kehidupan perit dan menghadapi hari hari yang gelap.
2.Kehidupan
kamu dan keluarga ditanggung penuh dari titik peluh rakyat melalui GST dan
cukai cukai yang lain.
3.Kamu hiburkan rakyat
kedudukan ekonomi negara mampan dan berdaya maju pertumbuhan ekonomi 4.5% dan
pelaburan asing berbilion billion.
4.Bila
rakyat mengeluh kamu kata rakyat tak bersyukur dengan nikmat boleh tinggalkan
negara ini kalau tak berpuas hati.
5.Rakyat
sedar gaya hidup kamu besar kerak dari periuk manakala rakyat berjimat cermat
sehingga mengambil makanan yang tidak berkualiti dan dalam masa terdekat ini
ada yang mati oleh penyakit kekurangan gizi kerana santapan harian mereka tidak
berkualiti.
6.Apa
bila rakyat bangkit kamu menyalahkan kelembapan ekonomi global melanda dunia
tetapi kamu tidak mencari jalan untuk memakmurkan rakyat malahan kamu naik gaji
kamu dan elaun serta masih boleh bercuti luar negara dengan perbelanjaan mewah.
7.Kamu
menepis bahawa kemerosotan ringgit yang teruk mengakibatkan rezab negara
susut,kehilangan wang rakyat berbillion dan malapetaka akibat 1MDB bukan faktor
dalaman melemahkan ekonomi negara.
8.Cuba
kamu berterus terang bahawa ekonomi negara diambang kehancuran hutang negara
berlipat ganda,bajet defisit saban tahun dan situasi politik tidak stabil dan
negara jadi perhatian dunia sedang menghadapi skandal yang terbesar yang tidak
pernah berlaku mana mana negara di dunia ini.
9.Bagai
mana rakyat yakin keperitan hidup semakin terasa,kebajikan keluarga semakin
berkurangan,tabungan masa depan hampir tiada dan kesukaran menambah pendapatan
terlalu sukar kerana daya beli rakyat semakin lemah.
10.Rakyat
berdoa semoga kemelut negara hadapi cepat berlalu dan dengan harapan kepada
pemimpin yang lebih bertanggungjawab kepada negara dan rakyat harus tampil ke
hadapan untuk memperbaiki kerosakan ini dan penderitaan rakyat yang amat perit.
No comments:
Post a Comment