( TS Pairin diamanah selesai kes ic & PTI)
OLEH:
ISMAILY BUNGSU
Friday
Sept. 30/2016
SETIAP yang peggang jawatan baik dalam kabinet negeri atau persekutuan
punya peranan masing-masing yang telah ditentukan.
Meskipun kekadang tidak kedengaran bercakap di
luar, sebalik/sebenarnya beberapa isu sudah dijelaskan dan disuarakan dalam
kabinet baik di negeri atau persekutuan.
Setiap masalah baik negeri atau masalah di
nasional akan dibincang di kabinet negeri dan yang dipersetujui secara majoriti
maka itulah maknanya keputusan kabinet dan yang minoriti kena akur keputusan
kabinet.
Itu sebab kekadang ahli kabinet tidak boleh
melanggar etika kabinet untuk bersuara di luar kabinet dan jika ada yang
melanggar peraturan itu maka yang terjadi pengerusi boleh memecat/gantung ahli
kabinet berkenaan dan itu yang terjadi terhadap DS Shafie Apdal yang dikatakan
sekongkol dengan pembangkang mengkritik Najib meski itu sebenarnya fitnah.
DS Shafie menghubungi saya sebentar tadi dan
mengatakan ada yang mempersoalkan kenapa saja DS Shafie tidak memperkatakan
soal pendatang asing tetapi lebih fokus kepada isu 1MDB yang dikatakan tiada
kaitan dengan rakyat di Sabah.
" Dana berbilion-bilion itu dana milik
rakyat dan kemudian kesan RM52 bilion itu tidak tahu ke mana perginya pasti
membantutkan pembangunan negara dan bila pembangunan negara terbantut, maka
cara kerajaan mendapatkan dana ialah dengan mengorek poket rakyat melalui GST
dan ini secara tak langsung melibatkan rakyat di kampung. kenyataan kononnya
rakyat Sabah tidak terlibat jelas tidak benar " demikian dijelaskan oleh
DS Shafie Apdal.
Sekarang ini kesan harga minyak merundum,
sawit jatuh harga dan ringgit tersungkur menyebabkan pendapatan negara tidak
lagi seperti dulu dan kerana itu kerajaan terpaksa mencari sumber cara lain.
Najib telah menjelaskan tanpa kerajaan
melaksanakan GST tentu kerajaan tidak akan terdaya membayar gaji perkhidmatan
awam dan kerajaan berkemungkinan akan muflis dan kerana itu untuk atasi semua
masalah maka Najib sendiri arahkan agar GST dilaksanakan.
" Berdasarkan kewangan negara agak susah
dan disusahkan kesan 1MDB, maka GST dilaksanakan dan alasan rakyat Sabah tidak
ada kaitan dengan masalah 1MDB adalah tidak benar " katanya lagi dan kesan
DS Shafie Apdal tahu maka itulah ia suarakan di kabinet dan kemudian ia
suarakan lagi di luar kabinet dan kesannya ia dipecat dan keahliannya dalam
UMNO digantung.
Menyentuh soal pendatang asing di Sabah dan ia
jelaskan memang sudah pernah disuarakan di kabinet dan kerajaan sendiri telahpun
menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja(RCI) dan keputusannya telahpun
diperolehi dan Kerajaan Sabah seharusnya mengambil berat perkara ini dan sejauh
mana ianya diambil tindakan, maka Kerajaan bawah pimpinan Najib harus telus
menjelaskan isu berkenaan.
" isu pendatang asing ini sudah
berkali-kali dibahas bincang, malah parti pembangkang sendiri sama ikut
memperkatakan hal berkenaan dan apa yang kita mahu laporan RCI itu diambil
tindakan sewajarnya oleh kerajaan mendapat laporan daripada JK RCI tersebut"
Kata DS Shafie Apdal lagi.
No comments:
Post a Comment