(rakyat muak muntah dan marah)
OLEH: ISMAILY BUNGSU
Tuesday September
06/2016
SEKARANG ini
memang BN lemah sangat kesan pemecatan 3 menteri disamping banyak sangat
skandal yang akhirnya menyusahkan rakyat begitu ketara sekali.
Penderitaan
rakyat kesan harga getah menjunam dan sawit sama ditambah dengan GST dan harga
barang naik sedang gaji tidak berganjak maka penderitaan itu jelas sangat.
Pengangguran
dan lulusan universiti kian bertambah sedang syarikat-syarikat besar banyak muflis dan gulung tikar dan
terakhir 23 cawangan bank CIMB bakal tutup dan ini cukup menjadikan rakyat
parah.
Dalam
keadaan BN lemah dan mudah dikalahkan tiba2 kalangan pembangkang berpecah dan
PAS dengan DAP sejak ketiadaan Nik Aziz mula memperlihatkan keegoannya dan DAP
juga memperlihatkan ketegasannya tetapi ramai mula Melayu mengakarpi DAP kesan
kepimpinan DAP di Pinang lebih telus banding BN di mana-mana negeri cuma
diuar-uarkan oleh BN konon DAP korup.
PR
hanya masih memerintah Selangor dan tidak terjadi di Pinang dan ini sebenarnya
hanya sementara saja sebab kedudukan PR boleh saja kehilangan kuasa jika PAS
meninggalkan PR di sana dan kelihatanya keadaan di Selangor memang sukar dan
serba salah.
Kesan
di Selangor itu, PKR pula tercipta masalah dari segi kepimpinan kesan ketiadaan
Anuar Ibrahim DSAI dan semacam ada yang
tidak ngam antara Presiden dan Timbalan dan ini kelihatannya semacam
berpuak-puak dan itu sebab kepimpinan
Azmin dikritik oleh orang sendiri dalam PKR dan ini tidak baik untuk sesebuah
parti yang berwibawa.
Kesan
kepimpinan PKR pusat bermasalah, maka di peringkat negeri baik di Sarawan dan
Sabah juga terlibat tempiasnya dan itu sebab kepimpinan PKR Sabah memembuat
kenyataan semacanm tidak senang hal kepimpinan pusat.
Dinyatakan
konon ada wanita pusat mahukan wanita negeri dirombak dan ini kelihatannya
pusat tidak putus-putus terus menganggu
gugat Sabah dan inilah yang saya katakan dulu kesan perlembagaan itu sendiri.
Pernah
terjadi di Meredian hotel saya sendiri berdepan dengan Anwar, YB Fauziah, YB
Kam 12 tahun lalu dan membantai cara lantikan wanita dan minta dibatalkan sebab
seharusnya diserahkan kepada Sabah sendiri dan berulang kali saya katakan agar
di mesyuarat pemilihan di Pusat negeri harus mencadang usul soal lantikan ketua
wanita itu termasuk pemuda mesti diserahkan kepada Negeri bukan ketua wanita
pusat.
Selagi
masalah perlembagaan ini tidak diselesaikan maka itu semacam menjadi duri dalam
daging dan itu sebab barangkali menyebabkan ada ketidaksenangan DS Lajim Ukin sendiri menghadapi kasus ini.
Itu
masalah PKR/PH dan kemudian masalah di Sabah saya kira lagi membengkak.
Kita
tahu DAP dalam PH dan DAP tidak mungkin akan berkompromi dengan SAPP kesan sama
parti berbau bangsa cina dan kesannya memang sukar kerjasama diadakan antara
USA dan PH dan ini barangkali menyebabkan mereka akan bertembung sama seperti
di PRU yang lalu di PRU-14 akan datang kecuali ada tolak ansur jika tidak
memikirkan kepentingan diri.
Kesan
ada kabar-kabar angin ada parti yang
memang menjadi agen BN, sejauh mana benarnya itu belum pasti dan ini lagi
menyebabkan PH tidak mungkin berkerjasama dan kesannya parti lokal bermatian
memburukkan Pakatan Harapan- PH konon
dikatakan parti Malaya meski sebenarnya parti nasional yang bakal kuasai
putrajaya jika ada kerjasama.
Kebangkitan
DS Shafie Apdal memang sesuatu yang ditunggu dan kita sudah melihat kerjasama
antara Wilfred/Dtk Mohdnor Mansur tetapi sedikit kegusaran apakah DDr.Jefry
Kitingan dan Yong Teck Lee akan berkerjasama dengan Shafie Apdal DSSA kala sepanjang gerakan DSSA kita tak
nampak wajah kedua pemimpin berkenaan dan ini cukup menggusarkan sekali.
Sebenarnya
kebangkitan DS Shafie ada kebaikannya buat pembangkang yang mahu menumbangkan
kepimpinan BN di Sabah dan kelihatannya kekuatan DSSA memang tidak dapat
dinafikan buat kawasan pantai timur seperti Semporna, Tawau, Sandakan dan terus
ke kudat.
Kalau
kerjasama antara USA/PH dan DSSA dapat dilaksanakan dan parti tidak
mengutamakan siapa jadi YB atau muncul sebagai calon sebalik utamakan
kepentingan rakyat Sabah yang menderita, maka impian sama menumbangkan BN akan
menjadi kenyataan tetapi yang saya lihat semacam payah dan barangkali ini juga
satu strategim yang saya sendiri kurang pasti. Nota ini sekadar bahan untuk
sama dibincang.
Sebenarnya
BN amat khuatir sangat jika USA/PH/DSSA dapat bersatu melawan BN satu sama satu
dan jika penyatuan ini dapat dilaksanakan maka saya kira BN akan tersungkur,
tetapi jika sebaliknya itu kita serahkan saja kekuasaan Allah dan kita hanya
dapat berdoa demi masa depan anak bangsa di Sabah yang terus menambakan
kebaikan masa depan yang lebih gemilang, sebalik jika BN berkuasa maka itu bisa
saja kita tafsir apa sudahnya nanti.
No comments:
Post a Comment