OLEH:
ISMAILY BUNGSU
Tuesday Sept. 27/2016
DUA hari lepas seharian
saya di Tawau kerana memerhati perhimpunan silaturahim dan memang yang saya
temui mereka yang baru ketemu dan barangkali tentunya pengikut-pengikutnya DS
Shafie Apdal yang selama ini agak asing dalam politik kesan beda aliran.
Sesampai dan
sesudah acara banyak sangat yang datang dan menjabat tangan tanda silaturahim
sesuai dengan acara yang dinamakan silaturahim aidil adha dan serentak itu ada
yang ajak bergambar dan mengatakan mereka sudah lama kenal cuma tak pernah
ketemu dan saya terharu sekali.
Bila
sampai/turun di airport Tawau YB Darell Leiking dan YB Terence mendekati saya dan kami
bercakap dan kata Darell Leiking tidak perlu saya ikut yang lain dan ia
ajak bersama meski sebenarnya saya sudah ada sebuah kereta menunggu untuk ke
lokasi dan kesan ajakan itu maka saya,Darell Leiking dan YB Terence bersama satu kereta.
Nah, bila
kami bertiga satu kereta dan ada seorang pemandu maka sepanjang perjalanan
itulah kami bercerita dunia politik dan bila makan Darell mendekati saya agar
mudah kami bincang dan Terence yang sedikit pendiam hanya mendengar dan
sesekali penyampuk dan kelmarin itu YB Terrence asyik ke tandas sebab perutnya
tidak bersahabat.
Kenny yang
di lain kereta asyik mengolok YB terrence yang asyik sakit perut.
YB Darell termasuk YB Terence memang kami ini
satu parti di PKR. YB Darell sebelumnya Naib Presiden PKR pusat wakil Sabah dan
secara automatik ahli MPN/PKR Sabah dan demikian juga YB Terence automatik ahli
MPN dan ia merangkap ketua penerangan PKR Sabah dan saya pula mantan Ketua
Penerangan PKR Sabah dan mantan Pengarah Komunikasi PKR Sabah dan masih ahli
PKR.
Bezanya YB
Darell sudah meletakkan kesemua jawatannya, sementara YB Terence masih di PKR
memeggang jawatan dan saya cuma masih ahli biasa (ulangan) dan kami bertiga
memang sayang PKR dan ketiga kami mengharapkan PKR terus berkembang dan
nantinya satu hati, satu rasa satu jiwa bersama tumbangkan BN dan ini juga
kehendaknya DS Shafie Apdal yang mahu berkerjasama.
Kala
seharian bersama YB Darell/anak muda dan seorang peguam yang sekarang bersama
DS Shafie Apdal memang banyak sangat yang kami perkatakan soal politik ini.
Kenapa saya
tertarik Darell dan DS Shafie Apdal ini? Pertama Darell seorang pembangkang
dari Sabah yang bersifat bumiputera bukan Islam dari pantai barat, sementara DS
Shafie bumiputrera Islam asal dari Pantai Timur dan ini sesuatu yang kurang kita
perhatikan sedang di Sarawak tidak begitu dan selama ini di peringkat nasional
hanyalah YB kalangan Tioghua jadi pembangkang. Nampak itu?
Nah, itu
sekadar saya perkatakan sebagai pembuka minda kita untuk sama kita fikirkan dan
tentunya ini menarik bila mereka memasuki parlimen 17hb mendatang.
Kebetulan
mereka ini bersuara di nasional dan kemudian bakal ketua parti tempatan dan
secara tak langsung mereka mewakili Sabahan kalangan muslim dan non muslim
tetapi Darel suka berbahasa " KITA ORANG SABAH". Nampak itu?
Darell
tampil dengan WARISAN budaya KDM non muslim, sementara DS Shafie pula tampil
dengan WARISAN budaya muslim terikat dengan budaya rumpun kalangan
bangsa-bangsa melayu itu sendiri seperti Suluk, Bajau, Brunei, Kedayan dan
segala macam suku-suku di Sabah,
Nah, seperti
juga Darell, DS Shafie Apdal juga penyebut bahawa perjuangan sekarang yang
diutamakan ialah untuk Sabahan sebab sebelum ini DSSA duduk kerusi pemimpin
nasional yang harus melihat/menumpu kepada nasional bukan Sabah semata.
KITA ORANG SABAH
KITA ORANG SABAH
KITA ORANG SABAH.
KITA ORANG SABAH
KITA ORANG SABAH.
Sesuatu yang
menarik sesudah seharian suntuk bersama Darell dan masih saya ingat ia katakan
bahawa sepatutnya yang lain di pembangkang harus mengucapkan terima kasih dan
mengalu2kan DS Shafie Apdal meninggalkan UMNO dan sama berjuang di pembangkang
untuk menentang BN.
Bukankah
Visi pembangkang itu menumbangkan BN dan bila sama niat menumbangkan BN, maka
pembangkang haruslah sehati, sejiwa dan serasa seperti yang dikatakan oleh Shafie kelmarin di Tawau lewat ucapan yang
menarik meski Shafie sebenar tidak
begitu sihat kelmarin.
Yang paling
penarik dan saya terharu kala Darel mengatakan begini: " Cuma saja haji
fikirkan bahawa kala orang saya misalnya memeluk agama Islam dan apakah harus
orang Islam mengutuk hina orang saya yang memeluk Islam itu tadi dengan
mengatakan kata orang saya dulu jahat memakan daging yang haram?" Saya
terdiam sebentar dan dalam hati tentulah jawaban saya TIDAK sebab itu makanan
yang bukan islam.
"
Sepatut yang memeluk islam itu tadi dibimbing, diajar dan ditunjuk jalan islam
yang benar ikut kefahaman muslim dan bukan dikutuk dan demikian juga Shafie
yang asal BN sertai pembangkang, maka itu harus kita hargai dan ucap terima
kasih sebab ia berada dalam perahu untuk perangi musuh dan kalau kita maki
hentam dia itu memang tidak benar dan samalah macam Nabi layan Khalid Walid
yang asalnya memerangi Nabi hingga paman Hamzah mati dan hatinya dikunyah-kunya
oleh seorang Hindun" Saya lagi terdiam dan saya cukup terharu.
Semalam kami
sampai di Kota Kinabalu kira-kira jam 8:15pm dan bila sampai di airport seorang
insan muda bernama YB Darell SMS saya dan ini kata2nya " SALAM HAJI. MAAF
TADI TIDAK DAPAT JUMPA SETELAH KITA SAMPAI KE KK DAN SEBELUM KITA PULANG.
SELAMAT MALAM DAN TERIMA KASIH ATAS PERJALANAN JELAJAH KITA TADI. REGARDS-
DARELL " Saya terdiam dan terharu sebentar dan teringat kala ia berhadapan
dengan Kak Wan Azizah menyatakan hasratnya dan keduanya terdiam dan menitiskan
air mata dan Kak Wan faham perjuangan Darell demi Sabahan maka itu diterima
semuanya tetapi keduanya berjanji sama berjuang.
SMS Darell Leiking saya diamkan sebentar dan akhirnya
sesudah tenang saya menjawab " TIDAK MENGAPA SAUDARAKU DAN SAYA FAHAM DAN
KETEMU JUGA NANTINYA-HIB"
Demikian
yang dapat saya ceritakan dan mari kita bersama, satu jiwa, satu rasa, satu
hati untuk laksanakan impinan rakyat Sabah dan asal jangan kesan tangki biru
atau Br1M kita berpecah hilang arah/bantuan itu ambil saja itu keperluan dan
hak rakyat bukan pemberian BN.
Sabahans for
Sabah
Ubah Sabah
Kita Orang Sabah
Ubah Sabah
Kita Orang Sabah
No comments:
Post a Comment