OLEH: ISMAILY BUNGSU
Khamis Sept, 08/2016
" KITA… ini orang kecil dan tak sekuat Rahman, Salleh dan
Pandikar. Mereka itu berkuasa dan boleh kasih projek di sana sini dan mereka
boleh cakap apa saja dan rakyat percaya mereka " Kata DS Shafie Apdal dan
saya terdiam mendengarkan dan terus mendengar.
DS Shafie menjelaskan yang ia naik ke atas kerana rakyat
yang memberikan amanah dan kepercayaan untuk perjuangkan rakyat dan sebagai
wakil rakyat tentu saja harusnya bersuara bagi pihak rakyat.
"
Rakyat pilih kita dan amanahkan kita dan amanah itu kena suarakan di kabinet
atau di parlimen bagi pihak kabinet untuk diambil tindakan dan itulah tugas
kita untuk mempastikan apa yang kita janjikan masa election dapat
ditunaikan" Katanya dan kerana itulah sebagai wakil rakyat ia harus
memperkatakan apa saja keinginan-keinginan rakyat untuk ditunaikan oleh
kerajaan yang memerintah.
" Kita faham tidak semua keinginan2 rakyat itu dapat
ditunaikan tetapi ianya sedikit demi sedikit boleh dipenuhi secara bergiliran
dan tidak sekaligus sebab kawasan Sabah dan Sarawak sama besar dengan tanah
semananjung Malaysia " Katanya dan untuk membangun Sabah dan Sarawak demi
menyamai apa yang ada di Semanjung tentu memakan waktu dan memerlukan
peruntukan yang banyak.
" Tapi bagaimana mahu membangunkan dan menunaikan
keperluan rakyat jika dana yang harusnya digunakan untuk kepentingan rakyat
sejumlah berbilion-bilion digunakan ke arah yang lain dan itu sebab saya
bangkitkan agar syarikat 1MDB itu disiasat dan jika memang ada salahguna kuasa
harus dibawa ke muka pengadilan" Katanya lagi.
Memang benar apa yang dikatakan sejak sekian lama
menjadikan negara tidak menentu dan hutang negara kian membengkak dan rakyat
hidup dalam keadaan susah.
" Tugas saya suarakan sudah dilaksanakan tetapi
suara-suara saya itu dianggap konon mahu menjatuhkan seorang PM dan ini salah
dan kesannya diambil tindakan, tetapi apa saja yang diputuskan tidak pernah
saya kesali kerana jawatan bukan saya utamakan sebalik amanah itu lagi penting
agar tidak menjadi beban di akhirat nanti" Tambah DS Shafie Apdal lagi.
" Saya ini rakyat yang pilih dan Allah izinkan dan
sekarang terserah sama rakyat dan biarlah rakyat yang menentukan dan itu sebab
saya katakan biarlah semuanya dikembalikan kepada rakyat dan biarlah rakyat
yang menentukan segalanya nanti" Jelasnya lagi dan serentak itu DS Shafie
Apdal mengharapkan rakyat bijak membuat pilihan di PRU14 akan datang.
No comments:
Post a Comment