SAMPAI BILA RAKYAT KETAKUTAN DAN HIDUP SUSAH DERITA?


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Khamis Sept, 15/2016
BILA saya dan DS Shafie Apdal bercakap sama ada ketemu atau melalui telefon, yang selalu ia katakan ialah betapa ia tidak senang hati bila Sabahan terus hidup dalam kemiskinan.
Sudahpun dalam kemiskinan soal keselamatan di pantai timur lagi merupakan sesuatu yang cukup merunsingkan dan selagi semuanya ini tidak dapat diselesaikan maka katanya kalau ia tidak ada lagi maka pasti kematiannnya tidak akan aman kerana yang ditinggalkan dalam keadaan tidak terurus.
" Bagaimana rakyat kalangan nelayan di Semporna, Lahad Datu dan Sandakan turun ke laut kalau berada di laut hati mereka tidak tenang kesan penculik ada saja di mana-mana?" Katanya dan itulah yang cukup merisaukannya.
Rakyat Sabah memang penerima anugerah termiskin dan sesudah termiskin, lalu hidup lagi dalam keadaan risau dan di mana-mana saja terasakan tidak selamat kesan culik merupakan satu perniagaan orang asing yang menceroboh perairan di pantai timur.
" Di Labuan tidak kita dengar kes penculikan banding Semporna dan seharunya helikopter yang ada itu diletakkan di kawasan sama ada Semporna, Tawau, Lahad Datu atau Sandakan" Katanya tetapi apa yang kita tahu pihak yang berkenaan hanya bermesyuarat bila ada penculikan dan segera membuat kenyataan konon semuanya selamat dan rakyat tidak perlu bimbang.
" Apanya yang selamat dan terkawal kalau setiap bulan ada saja penculikan dan penculik meminta wang tebusan? Selamat apa namanya ini? Ini soal nyawa dan harta benda " jelas DS Shafie Apdal lagi.
Disamping hal keselamatan DS Shafie Apdal juga menitikberatkan hal kesusahan rakyat dan kesan GST dan pendapatan tidak lagi seperti dulu, harga barang naik sedang pendapatan tidak berganjak malah berkurangan dan syarikat banyak golong tikar, pengangguran kian bertambah, lulusan universiti tidak punya pekerjaan dan kesannya rakyat susah cari makan dan anak-anak ada yang tidak mampu melanjutkan hingga ke universiti kesan yuran naik mendadak.
" Saya sudah suarakan hal ini di kabinet, malah di parlimen tetapi tindakan sama saja tidak ada perubahan malah penculik terus aktif dan kemiskinan di Sabah tidak berkurang malah rakyat semakin susah dan menderita" Katanya DS Shafie dan kelihatannya keluhan dan rasa kesal itu cukup mendalam. Mendalam sangat dan saya sama terikut hiba sedih.
" Kita usahakan sajalah haji mana yang mampu dan kita doa sama Allah agar Allah mudahkan laluan kita untuk membawa rakyat Sabah keluar dari kemiskinan dan hidup yang senantiasa dalam ketakutan " Katanya sebelum ia mengakhir perbincangan. Sekali lagi saya terdiam dan bungkam sebentar.
Saya terdiam terus dan kekadang sama terus berfikir dan berfikir dan kerana itulah kami nekad terus menjelaskan hal ini kepada rakyat dan terserahlah rakyat apa mahunya dan cara terbaik BN mesti ditumbangkan di PRU-14 akan datang dan Malaysia/Sabah harus dipimpin oleh bukan koruptor dan bukan pemimpin yang tamak dan rakus.


No comments:

Post a Comment