MALAYSIA ; APA SUDAH JADI DI BAWAH TADBIR UMNO/BN


OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
Friday September 02/2016

 
SEPERTI diramal Malaysia bakal payah di bawah pimpinan Najib. Banyak syarikat tutup. MAS ulang2 kali bermasalah dan akhirnya
tergadai.

Khazanah negara kesan 1MDB digadai jual jadi milik negara china
dan selain itu banyak lagi hak negara bangsa terlepas ke tangan orang asing.

Sekarang 23 cawangan bank CIMB ditutup dan itu jelas akan ramai jadi penganggur sama seperti pemberhentian pekerja-pekerja MAS sebelum ini.

Apa yang terjadi di negara milik kita bersama ini?
Hutang negara mencecah 900 bilion dan hutang 1MDB kian membengkak dan sehingga sekarang kita tidak tahu ke mana perginya sekitar 50 bilion itu.

Dana negara dihambur ke sana sini, digunakan untuk membayar hutang judi, membiayai pembikinan filem ala porno dan hidup bermewah di kapal mewah dan digunakan untuk membeli kondo berjuta dan lukisan-lukisan  yang mahal-mahal.

Memang negara kita dalam bahaya Kerajaan gunakan/pinjam sekitar 400 bilion dana KWSP, siapa yang bakal membayarnya? itu hutang dalam negara, belum termasuk hutang di bank dalam negeri dan luar negara.

Seperti yang diperkatakan Malaysia bakal susah dan rakyat bakal tanggung semuanya kesan kepimpinan Najib yang tidak bijak mengurus negara.

Kesan hutang membengkak dan untuk meminjam lagi tidak dibenarkan dan kesan masalah dalam negara terkait 1MDB, maka caranya kerajaan laksanakan GST.

GST saja kononnya penyelamat negara kesan dana disalahguna oleh pemerintah untuk projek2 yang tidak banyak memberi kesan sebalik untuk kembungkan poket sendiri melalui anugerah projek yang berjuta-juta dan untungnya berlipat ganda simpan dana di luar negeri beli aset di amerika dan itu melanggar aturan perbankan di sana, juga di Hong Kong, Singapura dan lain-lain.

Sesudah rakyat menderita kesan GST, lalu ditambah pula kesan turunnya harga getah dan sawit, keadaan itu tambah menyusahkan rakyat terutama yang tinggal di kampung yang mengharapkan hasil sawit dan getah.

Sesudah demikian parah, kita lihat pula harga getah di Sabah paling murah banding di Malaya dan Sarawak dan ini jelas semacam mahu memeras penggal kepala rakyat dan orang kampung tambah susah menderita.

Inikah yang namanya kerajaan yang baik, mendahulukan rakyat sedang janji terus dilontar setiap election dan rakyat pula tertipu kesan pujukan dan manisnya kata orang-orang BN sedang hakikat jelas rakyat menderita tetapi diam tanpa menanduk.

Memang kesihan sangat memikirkan orang kampung yang tidak bersalah memerlukan pembelaan dari wakil2 rakyat yang jelas seperti lembu tidak berani bersuara malah dungu dan terlalu dungu.

Hutan balak dan tanah siap mereka botaki dan balak mereka ambil dan tanah milik syarikat-syarikat  besar luar negeri meski nama orang lain tetapi yang berkuasa ada share sama untung bagi sama.

Rakyat pula diam bertahun di tanah itu dihalau dan dikatakan sebagai penceroboh. Inilah sikap dan kerja mereka yang tamak, rakus, haloba berhati syaitan yang mahunya merampas semua khazanah neegara bangsa.

Orang kita kena sedarkan dan kena ingatkan ulang-ulang sebab mereka itu ramai yang tersihir dan yang berilmu juga sama kesan ringgit berjuta masuk ke kantung dan mereka bukan lagi pejuang seperti Antanom tetapi badut-badut yang bernama pengkhianat bangsa harus dihabisi di bumi sabah bertuah.

Kita tidak ada pilihan lain dan harus Sabahan bersatu dan BN kena singkirkan dan undilah parti mana saja asal bukan BN.

Sabah Mesti Berubah
Sabah Mesti Berubah
Sabah Mesti Berubah
Visinya DSSA kena sokong
BN harus tumbang
gasak terus
terus!


No comments:

Post a Comment