OLEH”
ISMAILY BUNGSU
Khamis
Sept. 29/2016
DATUK Sri SHAFIE APDAL dipecat dari jawatan menteri
hanya sekadar menegur PM kasus 1MDB. Tegurannya hanya bertanya dan jika salah
ia mahu dibetulkan dan mahu tidakan diambil kepada yang berkenaan sebab itu
dana rakyat dan kabinet diamanahkan oleh rakyat. Itulah etika berparti.
Sesudah dipecat, kemudian Shafie digantung atas cadangan Musa Aman dan sokongan
menteri lain dari Sabah. Cadangan gantung tanpa diminta tunjuk sebab seperti
biasanya dilakukan dan apakah tindakan itu betul? Rakyat boleh fikir.
Setelah tangan kaki diikat dan mulut disumbat, maka
bagaimana Shafie mahu hidup dan bergerak? Maka akhirnya ia tinggalkan parti
yang ia sertai dan cukup setia selama 30 tahun, Itu jangka yang paling lama dan
kesetiaannya cukup jelas.
Lalu Shafie umum
tinggalkan parti UMNO kerana parti UMNO tidaklah seperti dulu yang perjuangkan
rakyat, negara dan bangsa sebalik lebih kepada kepentingan diri, kroni, suku
sakat dan sebagainya sedang rakyat tidak dipeduli dan contohnya di Sabah muncul
Sabahan termiskin sekali di Malaysia.
Kesan Shafie tidak punya parti, maka shafiepun menubuhkan
parti dan sedang dalam proses ROS luluskan LOGO dan Nama parti/sekadar tukar
nama dan logo dan partinya memang sudah lulus.
Bila Shafie tubuhkan parti, maka banyaklah yang berkata
konon Shafie mahu jawatan ketua Menteri
dan sebelum ini Shafie sudah jelaskan
dia BUKAN GILA JAWATAN KETUA MENTERI dan tidak kemaruk jawatan sebalik yang ia
utamakan perjuangan untuk rakyat dan itu satu amanah yang harus dipikulnya
sebagai wakil rakyat yang masih diberikan keperayaan.
JAMAWI sebenarnya mantan pegawai Khas Shafie sendiri yang banyak dibantu dan banyak
mendapat keistimewaan kala duduki kerusi pegawai KHAS Shafie dulu dan apakah ini tidak benar?
Kenyataannya di Keningau konon Shafie mahukan kerusi ketua Menteri itu jelas tidak
benar, malah satu kenyataan yang sama sekali bertentangan dengan kenyataan
Shafie sebelum ini yang tidak gila
jawatan.
Jelas tuduhan itu tidak benar dan tentunya JAMAWI merasa gerun
bila perhimpunan yang Shafie hadiri di Tenom bulan lalu sekitar 15,000 orang
hadir dan itu cukup menakutkan BN/UMNO terutama diri Jamawi sendiri.
Bukankah Jamawi di PRU lalu ingin benar merebut kerusi MP
Tenom, tetapi ketua menteri memilih MP yang sedia ada untuk bertanding dan
ketika itu Jamawi semacam merajuk dan bukankah itu juga ada keinginan untuk
duduki kerusi YB? Ini perkara bisa selagi punya cita-cita keinginan kecuali
orang gila.
Kalaulah Shafie mahu ke kerusi Ketua Menteri, lalu apa
salahnya? Salahkah setiap individu yang ada kemampuan mahu menjadi pemimpin
termasuk
Jamawi sendiri yang mahukan kerusi MP Tenom itu?
Jamawi seorang pemimpin muda yang berpotensi/yang cukup
besar untuk naik ke atas dan terbaik kena jaga bahasa dan kena fikir baik-baik
untuk melontar kata dan sebaiknya usaha lebih titikberatkan kepentingan rakyat
terutama di Tenom yang jauh tertinggal.
Jamawi usahakan kampung-kampung di Tenom yang sampai saat
ini masih tidak punya paip air seperti sungai Api, Paal dan yang berdekatan dan
jalan yang teruk dan bangsa murut di sana harus dikeluarkan dari kepompong
kesusahan yang amat sangat dan itu lebih diutamakan banding memperkatakan soal
Shafie yang terus berusaha dan
menyuarakan kepentingan rakyat Sabah.
Kembalilah kepada diri dan pejuangan asal Sabahan dan
dengarlah degup jantung keluh desah rakyat sebenarnya banding memperkatakan
yang tidak membawa apa-apa demi kebaikan rakyat.
Rakyat memerlukan perjuangan dan pembelaan anak muda
seperti Jawawi dan diucapkan selamat maju jaya duhai saudaraku Jawawi.
No comments:
Post a Comment