OLEH:l
ISMAILY BUNGSU
Monday September 05/2016
KITA
ini asalnya Adam dan Hawa bukan pokok dan
bukan juga beruk sepertinya teori Darwin.
Lalu Adam dan Hawa beranak dan anak-anak itulah berpindah
ke barat timur selatan utara dan kemudian menghasilkan berbangsa-bangsa dan itu
dijelaskan dalam al-Quran.
Kemudian kawasan kita ini termasuk Filifina, Brunei
Indonesia, Tanah Melayu ( Asia tenggara) dulunya dinamakan New Stone Age atau
ahli sejarah mengatakan sebagai Neotilithic dan ketika itu kira2 antara tahun
3000-2000 hingga 300 tahun sebelum masehi.
Orang Melayu itu berhIjrah dari Benua Asia, terutama
Yunnan dan mereka datang ke Tanah Melayu dan mereka ini juga yang ada datang ke
Sumatera termasuk Kalimantan.
Yang ke Semananjung itu dinamakan Melayu Purba mendiami
nusantara dan mereka itu juga disebut PROTO MALAY dan mereka ini kawin dengan
orang
Semang/Pangan, Sakai/Senoi termasuk orang2 Toala di
Sulawesi.
Itu sedikit sejarahnya.
Hakikat jelas di Asia tenggara ini dikatakan kepulauan
Melayu yang ikut bahasanya semua ada pertalian dan ini kena kaji sejarah
bahasanya yang ada persamaan kalangan semua bangsa di kepulauan Melayu sebab
bila mengkaji bangsa, maka kena kaji kaitannya dengan bahasa.
Seluruh Asia Tenggara ini membentuk puak atau suku
masing-masing
dan antaranya
Batak, Minangkabau, Acheh, Rawa, Mendahiling, Siak, Jambi, Palembang, Berunai,
Lanun, Bugis, Boyan, Riau, Tagalog, Bisaya, Boyan, Melayu di tanah Melayu,
Petani, Samsam dan banyak lagi.
Perlu di jelaskan disebut bangsa itu ianya lebih besar
atau juga dikatakan RAS maknanya panggilan untuk keseluruhan, sedang sebutan
batak, bugis, dusun, brunei itu hanyalah suku dan di bawah suku ada pelbagai
sebutan lagi.
Kesan kita ini semuanya memang asal kepulauan Melayu
makanya dikatakan RUMPUN melayu sebab dalam rumpun itulah wujudnya pelbagai
suku.
Kalau DDJK mengatakan kita ini bangsa Sabah memang benar
sebut disebut bangsa Sabah makna merangkumi kesemuanya dan disebutnya suku
masing-masing itu juga benar dan kelihatannya dia usaha memperbetulkan apa yang
dikatakan oleh Masidi.
Sementara Masidi pula mengatakan semua murut, dusun dan
sebagainya itu Melayu adalah salah dan saya hanya bersetuju kenyataan Masidi
mengatakan rumpun Melayu.
Nah, kedua-dua politikus itu jelas usaha bersilat kata
demi kepentingan politik dan di situ keduanya berusaha memutar hakikat dari
segi akademiknya.
Baiknya saya huraikan secara rengkas dan hakikat
sebenarnya hanya bertapak di tanah Melayu kira-kira abad 12 kesan penemuan batu
bersurat di Trengganu dan berkembang abad ke-15 kesan Cheng Ho dan Parameswara.
Makna Melayu lebih awal ada di Tanah Melayu dan bukan
Islam agamanya dan kemudian kesan raja2 Melayu beragama Islam dan kesan abad
ke15 itu dibentuk kerajaan Malaya dan perlembagaannya terkait yang membawa
makna Melayu itu Islam agama dan amal adat melayu.
Jika kita merujuk dari segi akademik makna Melayu itu
tidak islam agamanya sebalik dari segi perlembagaan definasinya bermakna
beragama Islam.
Di situ kita lihat pertembungan pendapat dan kesan UMNO
itu tercatat perkataan Melayu, makanya Masidi mengatakan demikian dan bermatian
dengan hujahnya dan di situ kita lihat masalahnya sebenarnya.
Baiklah, cuba kita fikirkan kala orang kadazan yang bukan
islam mengatakan begini " PANTANG SAYA MASUK MELAYU" dan tentunya
kita terperanjat atau apa saja yang kita fikirkan?
Kenyataan itu tidak salah dan benar sebab dalam
perlembagaan fasal 160 itu sudah menjelaskan Melayu itu Islam agamanya dan
kalau dia bukan Islam, maka kenyataan itu benar dan tak boleh disalahkan kala
tidak ada paksa untuk sesiapa masuk islam. Benar?
Maknanya hakikat sebenar dia tahu dia berasal dari
kepulauan Melayu makna rumpun Melayu, cuma kesan politik dan kemudian kesan
perlembagaan itulah yang menyebabkan ramai tidak senang ditambah dengan
kebencian pemimpin UMNO/Malaya yang memiskinkan Sabah dan kebencian itu bukan
kerana bangsa Melayu tetapi olah bangsa Melayu yang menjadi pemimpin itu
sendiri.
Barangkali perlu juga saya jelaskan di sini bahawa saya
hakikat sebenarnya tidak pernah bangga bila dikaitkan soal bangsa sebab banyak
bangsa di dunia ini hilang dan lagi kalau dirujuk misalnya bapa saya
Dusun/Brunei dan Ibu ada iban/bisaya, lalu apa saja bangsa saya ini? Nah, itu
sebab saya katakan bangsa bakal hilang dan saya tidak pernah bangga.
Semula kembali merujuk kenyataan Masidi yang mengatakan
semua bangsa Melayu itu kena betulkan bahawa Murut tetap murut dan Dusun tetap
Dusun sebab suku tidak akan berubah dan bangsa juga tidak akan berubah, cuma di
sini kita kena faham maksud bangsa, maksud suku dan maksud rumpun itu.
Mahu bukti? katakan orang India hitam asal india tetapi
beragama islam dan amal adat Melayu dan tahu berbahasa Melayu, maka ikut
tafsiran perlembagaan boleh dikatakan Melayu. Nah, inilah definasi gila harus
dibetulkan.
Katanya Masidi kita ini rumpun Melayu itu saya setuju tetapi
bukan bangsa Melayu kecuali kalau maksud bangsa itu betul-betul difahami
termasuk suku, etnik, kaum dan sebagainya.
adi, pandangan kedua tokoh itu sebenarnya hanyalah
bersilat kata dan tidak menjurus kepada pandangan dari segi akademik dan
perlembagaan Malaysia fasal 160 itu menjadi rujukan untuk bersilat kata bahawa
mereka layak menjadi ahli UMNO meski bukan Islam. Faham maksud saya?
Barangkali bolehlah kita bincangkan dan saya sekadar
memberikan pandangan berdasarkan apa yang saya amati selama ini.
Selamat Hari Merdeka!
merdeka
merdeka
merdeka
merdeka
No comments:
Post a Comment