OLEH:
ISMAILY BUNGSU
Sunday
Sept, 11/2016
KITA ini sudah merdeka
53 tahun. Itu yang asyik dikatakan kalangan kita. Apa
namanya merdeka itu sebenarnya?
Di Malaya tidak
heboh tangki biru dan di Malaya sebuk kesan air sesekali tiada kesan kemarau
tetapi paip air sudah sekian lama ada.
Di
Sabah ini asyik tangki biru melulu dan bila sampai election tetap tangki biru berampaian di sana sini dan dikatakan
itu pemberian BN dan itu sebab warnanya biru, padahal itu dari rakyat kepada
rakyat, cuma BN diamanahkan oleh rakyat memberikannya kepada rakyat.
Kenapa
harusnya tangki biru? apakah orang Sabah asyik memikirkan tangki biru dan
apakah Sabahan ini bakal mati tanpa tangki biru?
Meski
demikian sesiapa saja yang dapat tangki biru, terima saja dan ucapkan terima
kasih dan bersyukurlah dan bila dapat tangki biru tentunya mengharapkan hujan
turun untuk penuhi tangki biru itu.
Soalnya
sekarang, Sabahan bukan mahu tangki biru, sebalik mahu paip air itu datang ke
rumah rakyat sepertinya juga orang-orang yang tinggal di Semananjung Malaysia
dan di sana tidak pula asyik memikirkan tangki biru melulu sebalik memikirkan
air paip kekadang terputus dan di situ bedanya.
Apakah
memang BN sengaja terus memberikan tangki biru kepada Sabahan agar rakyat Sabah
termakan budi terus memenangkan BN dan itu sebab-sebabnya enggan terus menyediakan
air paip ke rumah masing-masing dan jelas ini satu pengkhianatan kepada rakyat
Sabah setelah 53 tahun masih banyak rumah-rumah yang tidak punya paip air dan masih terus
bergantung kepada sungai seperti kampung-kampung di sekitar pekan Tenom.
Sungai
yang ada sekarangpun asyik tercemar kesan pembalakan yang dimiliki oleh
menteri=menteri atas nama kroni dan
memang Sabahan ini kesihan sangat dan ditambah dengan keadaan jalan yang
babipun enggan jalan kerana berdebu dan berlumpur sedang jalan di Kota Kinabalu
ada saja kurapnya di mana-mana.
No comments:
Post a Comment