TS ANNUAR MUSA SELESAI UMNO SABAH? ( negeri sendiri kelantan bawah pembangkang)


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Friday July 15/2016

SUDAH saya katakan bahawa bila mana PM/Majlis tertinggi mengambil keputusan menggantung Datuk Seri  Shafie Apdal, maka akan bermulalah masalah dalaman UMNO di Sabah dan itu akan merebak ke mana-mana.

Bila saja DSSA umum keluar parti di depan 6000 orang, maka tidak lama kemudian UMNO Batu Sapi sama berkocak dan telah diumumkan sekitar 600 orang sama keluar.

Yang lain akan menyusul dan keadaan ini menyebabkan KL rasa gundah dan risau dan kesannya TS Annuar Musa konon bakal datang ke Sabah untuk selesaikan dan melihat keadaan sebenarnya.

Siapa TS Annuar Musa? TS Annuar Musa sendiri asalnya kelantan dan negeri sendiri ia gagal awasi kesan di bawah pembangkang, inikan pula nak awasi selesaikan masalah Sabah.

Orang Sabah yang baik hati alu-alukan kan kedatangan sesiapa saja dari seberang tetapi sekali hati orang Sabah dirobek-robek maka akan tahu juga langit tinggi rendah sebab Sabahan bisa menukar kerajaan bila mereka sudah muak dan contoh kerajaan USNO/BERJAYA dan PBS dan dinasihati TS Annuar Musa jangan buang masa.

Berita selanjutnya kesan kasus DSSA ini, kononnya akan diadakan perhimpunan besar-besaran di Semporna dan itu lebih baik dan sila saja anjur.

Rakyat semporna mengalu2kan mereka kalangan UMNO membazir duit rakyat kerana di musim perhimpunan itu mereka akan siap menyediakan segala kemudahan makan minum dan saguhati agar orang ramai dari seluruh Sabah akan berhimpun di sana tanda sokongan kepada Kerajaan barisan nasional.

Beginilah jadinya bila UMNO mula terdesak dan tertekan dan nanti kamu rasannya kesannya di PRU14 akan datang sebab Sabah bukan lagi wang taruhan buat BN malah akan menjadi musuh nombor satu menumbangkan BN.


No comments:

Post a Comment