Oleh: Evangeline
Soraya Kigis
Friday July 15/2016
1.PERJUANGAN Datuk Seri Shafie Apdal memasuki ke fasa ketiga dari USNO,UMNO dan bangkit sebagai peneraju suku
yang kedua besarnya dari Kadazan-Dusun.
2.Ramai melihat beliau setaraf krisma Tun Mustapha dan
sebagai pengganti berwibawa sebagai mana Tun Mustapha lantang menentang Kuala
Lumpur semasa hayatnya.
3.Mungkin ini peluang orang Sabah menormalkan politik negeri ini
tanpa kehadiran parti dari luar sebagai mana Sarawak,jika BN Sabah dapat
ditumbangkan dalam PRU 14.
4.Tumbangnya UMNO Sabah akan memberi kelebihan kepada
negeri ini kerana akan menjadi kuasa tawar menawar politik dengan kerajaan
Persekutuan.
5.Dalam masa terdekat musuh musuh politik Musa akan bermunculan
kerana mereka tidak merasa keseorangan menghadapi Ketua Menteri Sabah yang
penuh kontraversi ini.
7.Selain Datuk Lajim Okin dan beberapa ketua Bahagian
UMNO yang pernah menentang Musa dua tahun lalu akan mendapat ilham untuk
memperkemas kedudukan mereka sebelum tersingkir atau kehilangan peluang dalam
masa PRU 14.
8.Jika isu kesukuan lebih dominan dari isu pembangunan
tentu akan melemahkan kedudukan Musa Aman dan mungkin akan mengalami nasib
sebagaimana Tan Sri Harris di Tenom.
9.Hanya satu harapan cerah kepada BN Sabah jika ketua
perhubungan negeri diganti dari suku kaum atau etnik yang sama dengan Shafie
untuk melemahkan isu kesukuan.
10.Kadazan-Dusun perlu mencari ketua yang mengatasi
krisma Tan Sri Pairin demi menyelamat maruah suku ini yang terpalit dengan
skandal kewangan yang terbesar dalam abad ini.
11.Gandingan Huguan Siou baru ini dengan Shafie akan
mengembalikan keyakinan baru kepada kedua dua suku ini berganding bahu demi
mengembalikan maruah dan hak Sabah yang tercemar.
12.Orang Cina Sabah perlu main peranan tidak
memencilkan diri dan ambil kesempatan dalam senario baru ini demi keberkesanan
mereka bergerak sama memartabatkan kembali Sabah semasa kerajaan Perikatan
Sabah pada awal politik Sabah.
13.Politik perlu ada strategi bukan hanya bergantung
kepada nasib semata.
Tanpa kerjasama yang berkesan dari Cina,KDMR dan bumiputra Islam Sabah hanya bermimpi di siang bolong..........
Tanpa kerjasama yang berkesan dari Cina,KDMR dan bumiputra Islam Sabah hanya bermimpi di siang bolong..........
No comments:
Post a Comment