Pelakon Aziz Singah Meninggal Dunia Akibat Kanser Prostat


Saturday July 02/2016


Gambar kenangan Datuk Aziz Singah ketika mendapatkan rawatan penyakit kanser yang dihidapinya sambil ditemani isteri, Datin Zunita Mohamed.
  
OLEH: KAMARUDIN ZAMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com


KUALA LUMPUR:-  Pelakon veteran Datuk Aziz Singah, 74, meninggal dunia di kediamannya di Seri Kembangan, Serdang dekat sini pada Jumaat akibat kanser prostat.

Anaknya Muhammad Daniel Aziz, 24, berkata, arwah meninggal dunia kira-kira pukul 11.10 malam Jumaat di samping keluarga.

“Ayah berada dalam keadaan nazak semasa dirawat di Pusat Kanser Negara, Putrajaya dan kira-kira pukul 10 malam, kami memutuskan untuk membawa dia pulang ke rumah.

“Kira-kira sejam berada di rumah, ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir,” ujar Muhammad Daniel ketika dihubungi  Wartawan Portal The Sabah Insider.Net

Kata Daniel, Allahyarham akan dimandikan di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) kira-kira pukul 8 pagi Sabtu dan akan dikebumikan di tempat kelahirannya di Kampung Bongek, Rembau Negeri Sembilan sebelum solat  Zohor pada Sabtu.


Kami warga kerja portal The Sabah Insider .Net Kuala Lumpur. Kota Kinabalu dan Sandakan  ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah semoga rohnya dicucuri rahmat marilah kita sedekahkan Al-Fatihan…..AMIN.

No comments:

Post a Comment