Saturday July 02/2016
KUPASAN DARI MEJA
EDITOR (TSI)
SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com
MUFTI Perlis Datuk Mohd Asri
Zainil Abidin tidak sama pendiriannya
dengan Mufti Pahang Datuk Abd Rahman Osman berhubung kait dengan Kafir Harbi
dan Haram juga hukum Hudud.
Memang benar apa yang
diperkatakan oleh Asri orang-orang yang bersekongkol dengan DAP tidak boleh
digelar mereka kafir atau harbi.
Begitu juga orang bukan
Islam tidak wajar di gelar mereka itu kafir atau harbi ini boleh menimbulkan kemarahan di kalangan bukan Islam
Daya pemikiran Mufti Perlis dengan Mufti Pahang memang berbeza jauh Asri mempunyai daya pemikiran yang liberal dan terbuka bukan
macam Abd Rahman pikiran sempit extrim membuat kenyataan sembarangan tanpa
memikirkan perasaan orang lain yang berbau hasutan.
Bukan sahaja DAP yang
menentang dasar pelaksanaan hukum Hudud di Negara ini (dibawah Rang Undang-Undang
Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa) Pindaan 2016 sedangkan parti-parti
komponen BN lainnya seperti MCA dan Gerakan turut membantah agar pelaksanaan hukum
Hudud di Negara ini tidak perlu diwujudkan.
Tetapi yang jadi sasaran
ialah DAP sehingga Mufti Pahang menyelar orang-orang Melayu Islam yang
bersekongkol dengan DAP mereka di gelar kafir-harbi dan haram.
Saya tidak mahu membicarakan
lebih terperinci mengenai hal yang berkaitan dengan hukum Hudud atau kes Mufti
Pahang di bawah ini saya lampirkan teks berita yang ada hubung kait dengan kes
Mufti Pahang.
Tidak halal darah rakyat
bukan Islam – Asri
Perlis mengambil pendirian yang berbeza daripada Pahang berhubung
status perangi orang bukan Islam
PETALING JAYA: Mufti Perlis berpendirian rakyat yang bukan Islam tidak boleh dikategorikan sebagai kafir harbi, istilah yang ditafsirkan sebagai golongan bukan Islam yang diperangi.
Ini kerana, perjanjian kewarganegaraan memberikan perlindungan kepada semua rakyat bukan Islam dan hak mereka dipelihara.
“Dalam konteks moden setiap yang mendapat kerakyatan dalam Dar al-Islam (negara Islam) itu seorang zimmi, bererti yang dipelihara atau dilindungi haknya,” jelas Mohd Asri Zainul Abidin, dan menambah istilah zimmi telah digantikan dengan istilah rakyat yang bukan beragama Islam.
Pendirian ini menyusuli kenyataan Mufti Pahang di akhbar Utusan Malaysia hari ini, yang mengulas penentangan DAP kepada perlaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.
“Prinsip mereka jelas membenci Islam dan berdosa besar bagi umat Islam bekerjasama dengan mereka,” kata Datuk Seri Abdul Rahman Osman.
“Namun jika mereka yang mahu menentang Islam, kita wajib memeranginya,” tambahnya.

Mengulas lanjut, Malaysiakini melaporkan Datuk Seri Dr Abdul
Rahman Osman berkata istilah kafir harbi ditujukan kepada semua pihak yang
menentang Islam.
Memetik Pengerusi Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia Yusuf al Qaradawi, Asri menjelaskan ciri-ciri negara Islam ialah kekuasaan politik dalam tangan orang Islam, perlaksanaan hukum Islam walaupun tidak menyeluruh dan penganut mengamalkan agama Islam secara aman.
Asri berkata Malaysia menepati ciri Dar al-Islam, maka orang bukan Islam yang mendapat kerakyatan dan dipelihara oleh undang-undang Malaysia tidak boleh digelar kafir harbi.
“Sehinggalah dia tiada lagi sebarang ikatan perjanjian dengan negara Islam dan tidak dilindungi lagi oleh undang-undang negara Islam,” katanya melalui catatan Facebook.
Menurut Asri, istilah kafir harbi juga tidak boleh dikenakan keatas orang bukan Islam daripada negara-negara bukan Islam yang mempunyai perjanjian dengan negara Islam, antaranya Amerika Syarikat.
“Kafir harbi, berdasar yang dibincang di atas ialah bukan muslim yang menolak dan menentang seruan Islam, bersekongkol dengan musuh-musuh Islam, tiada sebarang perjanjian aman dengan Dar al-Islam dan tinggal di negara mereka Dar al-Harb,”
Menurut Asri, hanya Israel yang dikategori sebagai Dar al-Harb kerana permusuhan yang zahir dan berterusan dengan umat Islam.
“Dengan itu rakyat Malaysia yang bukan muslim tidak boleh dikategorikan kafir harbi yang boleh diperangi dan halal darahnya ditumpahkan selagi mereka mempunyai ikatan hubungan dengan negara!” tegasnya.

Maaf salah tajuk.
No comments:
Post a Comment