Sunday July 03/2016
OLEH: SHAIMON S
JUMADI
www:sabahinsider14.blogspot.com
BATU SAPI:- Parti Amanah Negara (AMANAH) Kawasan Batu Sapi tidak ketinggalan membuat kebajikan dan amal jariah di
musim-musim bulan Ramadan Al-Mubarak bagi membantu orang-orang kampung golongan yang kurang berada untuk menyambut hari lebaran yang hanya tinggal dua hari
lagi.
Peranan dan tanggungjawab para
pemimpin Pakatan Harapan (PH) dalam membantu golongan orang-orang kurang berada
khususnya warga emas sama juga peranan yang dijalankan oleh pemimpin karajaan
tiada bezanya.
Pengerusi AMANAH Negeri Tuan Haji Hamzah Abdullah telah menghulurkan
bantuan kepada 40 orang
penduduk-penduduk Batu Sapi yang melibatkan beberapa kampung.
Bantuan yang dihulurkan ia merupakan barang-barang keperluan dan wang raya untuk menyanbut hari lebaran nanti tengah hari tadi.
Dalam ucapan alu-aluan Hj Hamzah menyeru
rakyat kawasan Batu Sapi harus bijak
menilai pemimpin yang boleh menjaga kebajikan penduduk setempat disamping
sokongan padu daripada pengundi Batu Sapi terhadap perjuangan parti AMANAH
khususnya Pakatan Harapan harus
ditingkatkan agar perjuangan AMANAH semakin kuat untuk memenangi kerusi Parlimen Batu
Sapi juga DUN Sekong pada PRU14 nanti.
Sambil itu Hj Hamzah menasihatkan para surirumah yang bakal menyambut
hari raya supaya berhemah bila berbelanja untuk membeli barang-barang keprluan
di hari lebaran nanti dan belilah
barang-barang yang perlu sahaja memandangkan harga barangan kini semakin hari semakin mahal
sebab dikenakan charge GST yang benar-benar menekan kehidupan rakyat di
seluruh Negara yang terdiri dari golongan
miskin.
No comments:
Post a Comment