OLEH: SHAIMON S JUMADI
TAWAU:- Cadangan Pihak Jabatan Pendaftaran negara
Cawangan Sabah menerusi Pengarahnya iaitu Encik Ismail untuk meminta agar semua
Kad Pengenalan yang bernombor H03 dan H05 wajib dikembalikan dan diselediki
kesahihannya oleh pihak JPN adalah sangat wajar dan tepat pada masanya.
Menurut Presiden Kelab Penyokong BN Sabah dan Kerajaan, Dato'Dr
Mohd Jeffry Rosman, ianya sememangnya sudah patut dilaksanakan bukan sekarang
tapi sejak pemnerintahan PBS lagi kerana mereka (Pemimpin PBS) yang amat
lantang dan berani dalam bersuara untuk membongkar segala kebenaran dari segala
kebathilan yang sudah sekian lama wujud di Negeri Sabah ini.
Menurut Jeffry lagi, sekiranya ianya mahu disiasat atau diambil
semula semua Kad Pengenalan itu, sistem atau rekod semasa JPN haruslah juga menunjukkan
satu sistem yang telus dan boleh diterima pakai dan bagaimana pula penyampaian
secara kelangsungan kepada masyarakat Sabah dan amnya Malaysia terhadap
tindakan oleh pihak JPN di atas perlaksanaan ini nanti? bagi saya JPN Sabah
wajib membuat satu Blue Print tewrlebih dahulu dan juga kenyataan secara iklan
kepada rakyat Sabah secara notis terbuka barulah saya nampak tindakan ini benar
benar telus.
Secara amnya, MYKAD di Sabah ini bagai boleh dijual beli kerana
kejadian penjualan sebanyak RM 8000 untuk mendapatkannya memang sudah tersebar
luas cerita ini dan ianya juga dilihat sebagai serius kerana menurut sumber ,
ada orang dalam yang terlibat walau masih tidak diketahui siapa sebenarnya yang
menjadi dalang. Jika benar bagai dikata, maka pihak KDN sewajibnya mengambil
tindakan buang negeri kepada mana mana kakitangan JPN yang telah diamanahkan
untuk menjadi tiang negara menerusi pemberian taraf kewearganegaraan secara
mudah kepada orang yang tidak layak mendapatnya.
Ironinya, saya amat kesal kerana Sabah menjadi satu port atau HUB
bagi pengeluaran IC yang mana seringkali disebut IC projek walhal ianya bukan
projek tetapi berekod di dalam sistem JPN.
“Saya mendapat banyak aduan dari rakyat marhaen yang kekurangan
dokumen dan orang ini adalah peribumi
sabah namun pihak JPN persulitkan dan terlalu berkronisme di dalam membantu
mengatasi masalah ini. Sejajar dengan ini jeffry menggesa agar pihak Kerajaan
negeri sabah menerusi semua pusat UPPM DUN membuat program JELAJAH ANAK PRIBUMI
bagi mengenal pasti dan membantu rakyat Sabah yang menjadi pelarian di bumi
lekahiran sendiri.
Demikian lah satu temuramah secara ekslusif yang dibuat oleh
wartawan kanan Sabahkini@sabah insider iaitu Shaimon S Jumadi kelmarin ketika
diminta mengulas kenyataan mengenai Kad Pengenalan.
Kata Jeffry lagi sesiapa yang memagang kad pengenalan bernombor
H.035XXXX dan H.050XXXX supaya bersiap sedia kemungkin mereka yang terbabit
memegang kad pengenalan jenis itu akan menerima padahnya akan disoal siasat oleh pihak kerjaaan dari
mana kamu boleh dapat kad pengenalan sedemikian rupa.
“Segala bangsa Pakistan 90
peratus yang tinggal di Sabah ramai yang mempunyai mykad kelahiran di Tambunan, Keningau, Ranau,
Tamparuli, Beluran, Kinabatangan, Kundasang dan juga Papar sehingga mereka dapat
Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) mahu bukti saya tunjukkan gambar seorang
Pakistan mendaftar BR1M di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)” Ujarnya.
No comments:
Post a Comment