Sunday July 03/2016
OLEH: ISMAILY BUNGSU
www:sabahinsider14.blogspot.com
PERANGAI buruk saya ialah terlalu TEGAS dan jika saya katakan TIDAK, maka
itulah kata muktamad dan tiada siapa yang boleh menjadikan kata2 itu menjadi
YA.
Yang berbuat salah dan silap/selalu saya
maafkan dan terus memberikan peluang, tapi bila saya kata TERAKHIR maka itulah
yang harus menjadi kata pemutus.
Meski terus bersalah,
sama ada yang berkenaan minta maaf atau tidak tetap saya maafkan semuanya
sebelum yang berkenaan minta maaf tetapi saya tidak akan akrap malah akan
menjauh pelan-pelan sebab tidak mahu
perkara sama berulang yang nanti sama menyakitkan hati.
Keduanya kalau bercakap, saya suka terus ke
persoalan pokok iaitu jika 2+2 jawabannya langsung 4 dan tidak mahu jawaban
yang meleret-leret meski sudahnya sama 4.
Pernah saya pengerusikan satu mesyuarat dan
tanya staff dengan pertanyaan " DARI MANA?" lalu dijawab
" saya singgah Likas dan kemudian KK beli
barang itu sebab saya lambat" dan segera saya tegur jawab soalan "
DARI MANA?" baru dia kata "dari Sembulan"
yang lain ketawa.
yang lain ketawa.
Jadi saya suka sangat sesiapa saja yang
bercakap kena hati2 dijawab secara cepat, padat dan ISU ditanya bukan meroyan
dan meleret. Jika meroyan dan meleret, maka siap saya menerima teguran saya di
depan.
Begitulah dan ramai kawan-kawan kekadang bila
bercerita sesuatu ISU selalu lari dari persoalan pokok dan paling tidak saya
suka bila kita bercakap sesuatu ISU dan panas berhujah, maka ada yang menyampuk
dan bawa isu lain yang tidak ada kaitan dan ketika itu terasa geram sangat.
Itulah yang dikatakankan kita bercakap bawang merah, disampuk dengan bawang
putih dan memang panas jadinya.
Memang ramai saya terjumpa insan-insan yang
selalu saja bercakap kosong iaitu isu yang tidak membawa apa-apa kebaikan,
malah kekadang isu yang diangkat tergolong dalam isu umpat, keji, kutuk dan
mungkin saja fitnah meski dikatakannya tidak.
Nabi bersabda berbicaralah yang membawa
kebaikan dan kalau JOKEpun haruslah yang membawa kebaikan dan jangan bercakap
yang sia-sia sebab sekali kita melontar kata maka kata-kata itu kekadang
semacam harimau yang menerkam diri kita sendiri.
No comments:
Post a Comment