Gambar khiasan Arkib
KUALA
LUMPUR:- Seramai 200 nelayan yang ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia sejak
Isnin lepas kerana didakwa menangkap ikan secara haram di perairan negara itu
dipercayai bukan rakyat Malaysia.
Menyatakan demikian, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pengenalan diri.
"(Mereka) dipercayai rakyat asing yang cuba menyelusup masuk ke Malaysia melalui perairan Indonesia, " katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.
Khalid berkata, bagaimanapun kerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia berhubung perkara itu masih diteruskan bagi menyelesaikan isu tersebut.
Laporan media baru-baru ini memetik Setiausaha Kabinet Indonesia Andi Widjajanto berkata negara itu menahan nelayan-nelayan itu dalam operasi mencegah penangkapan ikan secara haram di perairan negara itu sejak Isnin lepas.
Semalam, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihaknya setakat ini tidak mendapat sebarang laporan mengenai kehilangan nelayan tempatan seperti yang dilaporkan pihak Indonesia.
Beliau berkata hasil pemeriksaan Jabatan Perikanan tiada ahli keluarga nelayan di Semenanjung dilaporkan hilang.
Kini, jabatan memeriksa keluarga nelayan di Sabah dan Sarawak, katanya.
- Bernama

No comments:
Post a Comment