OLEH: MOHD AZHRIN ABDULLAH

Menurutnya, dia sudah dimaklumkan
mengenai etika berpakaian sempurna dan kesal berikutan sebelum ini gagal
mematuhi peraturan berkenaan.
Katanya, Jabatan Pembangunan Islam,
Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) juga menerangkan cara
berpakaian sesuai mengikut syarak dan dia bersedia mematuhinya.
“Dalam persembahan sebelum ini, saya
memakai tudung dan nampak sedikit rambut selain pakaian tidak sesuai. Jadi saya
akan lebih berhati-hati dan Insya-Allah akan mematuhi peraturan ditetapkan
hingga pameran selesai bulan depan.
“Saya minta maaf kepada kerajaan
negeri dan berjanji perkara ini tidak berulang,” katanya ketika ditemui oleh wartawan The Sabah Insider.Net.
No comments:
Post a Comment