KOTA KINABALU:- Sebanyak 61 saman dikeluarkan atas
pelbagai kesalahan lalu lintas dalam operasi Op Samseng Jalanan dan Cegah Jenayah di sekitar bandaraya ini dari tengah malam tadi hingga pagi ini.

Ketua Polis Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata
operasi selama kira-kira sembilan jam bermula 11.30 malam itu khusus untuk
membanteras aktiviti mat rempit dan lumba kereta haram.
"Polis turut menahan seorang lelaki berusia 25
tahun kerana melakukan aksi berbahaya dan melawan arus jalan mengikut Seksyen
42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Sebanyak 13 buah motosikal ditahan di Balai
Trafik atas pelbagai
kesalahan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Chandra berkata tiga daripada tujuh individu yang
diuji di lokasi sekatan jalan raya dikesan positif alkohol dan dibawa balik ke
balai Trafik IPD Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, operasi membabitkan seorang pegawai dan
18 anggota polis itu juga memeriksa sebanyak 70 buah kenderaan secara teliti
yang melibatkan 77 individu termasuk 22 wanita.
"Operasi akan dipertingkatkan dari semasa ke
semasa dan orang awam dinasihatkan supaya tidak menjadi penonton atau
menyaksikan aktiviti tersebut yang menyalahi undang-undang," katanya.
Berhubung program bersama komuniti di Balai Polis
Karamunsing semalam, Chandra berkata semua isu dan permasalahan dibangkitkan
orang awam akan diambil tindakan oleh ketua bahagian dan Ketua Polis Balai
berkenaan dalam tempoh
seminggu.
seminggu.
Beliau berkata antara isu dan masalah itu adalah
kehadiran remaja yang mencuri barang di gerai makanan, penagih dadah di
taman-taman berhampiran dan permintaan kekerapan rondaan polis.
Katanya program dengan slogan 'Engaging Hearts' itu
memberi kesan positif dan melibatkan 33 anggota dan 25 pegawai termasuk Ketua
Balai Polis berkenaan.- BERNAMA

PERINGATAN: The Sabah Insider. News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Remove content | Delete | Spam