HARGA DIESEL NAIK TAPI HARGA RON97 DAN RON95 TURUN




 


KOTA KINABALU:- Harga runcit RON97 turun sembilan sen seliter kepada RM2.46 seliter dan harga runcit RON95 pula turun empat sen seliter kepada RM2.26 seliter, selepas 12 tengah malam ini.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek berkata harga runcit bagi minyak diesel pula dinaikkan tiga sen seliter kepada RM2.23 seliter.


Harga runcit RON97 kini ialah RM2.55 seliter, RON95, RM2.30 seliter manakala diesel ialah RM2.20 seliter.

Menurut Hasan harga baru ini akan berkuat kuasa hanya untuk Disember.

"Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga produk kos pada setiap masa dan kadar pertukaran matawang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak diminta mematuhi penetapan harga baru itu dan jika ingkar, tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pada 21 November lepas, kerajaan mengumumkan akan melaksanakan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengampunan terkawal mulai 1 Disember


Kaedah pengapungan terkawal yang diputuskan Kabinet itu adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sejak Julai 2010, katanya.


"Melalui kaedah pengapungan terkawal, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya, ini bermakna jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON97, RON95 dan diesel juga akan meningkat dan begitu sekiranya berlaku sebaliknya (harga pasaran minyak mentah dunia menurun)," katanya.

Dengan kainkan minyak diesel ramai pengusaha Bas Mini akan menaikan tambang hingga 100 peratus misalnya kalau tambang bas dari Menggatal ke Kota Kinabalu sekarang ini RM2.20 akan dinaikan hingga RM5.00 sementara tambang bas dari Sandakan ke Kota Kinabalu sekarang ini hanya RM43.00 akan dinaikan hingga RM70.00 

Tambang bas dari Taman Mesra  ke Bandar sekarang ini cuma dikenakan harga RM1,50 akan dinaikan hingga RM4.00 pokoknya kenderaan pengangkutan yang menggunakan diesel sahaja yang berbuat demikian. BERNAMA


No comments:

Post a Comment