Saturday,
November 29, 2014
KUALA LUMPUR:- DAP
membuat laporan polis terhadap Ketua Wanita Umno Baling Datuk Mashitah Ibrahim
berhubung kenyataannya yang masyarakat Cina didakwa membakar al-Quran semasa
upacara sembahyang.
"Kami
merasakan bahawa kenyataan ini tidak bertanggungjawab," kata Ahli Parlimen
Kulai Teo Nie Ching.
Katanya,
hanya terdapat satu kejadian itu dilaporkan di Kedah, tetapi Menteri Besar
Datuk Mukhriz Mahathir menjelaskan pada 24 November bahawa pelakunya adalah
seorang lelaki Melayu yang mengalami sakit mental.
Menteri
besar juga mendedahkan bahawa al-Quran tidak terbakar tetapi dikoyak.
Teo
berkata Mashitah perlu disiasat di bawah Seksyen 298 (A) dan 505 Kanun
Keseksaan.
Seksyen 298 (A) berhubung kesalahan yang boleh memudaratkan keadaan harmoni dan perpaduan, manakala Seksyen 505 mengenai kenyataan yang mendatangkan khianat awam.
Mashitah telah membuat kenyataan itu semasa perhimpunan agung Wanita Umno ketika menggesa ahli sayap itu mempertahankan Islam.
Seksyen 298 (A) berhubung kesalahan yang boleh memudaratkan keadaan harmoni dan perpaduan, manakala Seksyen 505 mengenai kenyataan yang mendatangkan khianat awam.
Mashitah telah membuat kenyataan itu semasa perhimpunan agung Wanita Umno ketika menggesa ahli sayap itu mempertahankan Islam.
Teo
berkata, walaupun jika laporan membakar Quran oleh masyarakat Cina itu benar,
rakyat akan menentangnya dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
"Malah
jika lelaki atau perempuan Cina atau bukan Islam yang membakar al-Quran, kita
semua akan mengutuk perbuatan sedemikian," katanya.
Ahli
Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto mengiringi Teo membuat laporan di balai polis
Tun HS Lee di Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Setiausaha Politik
penasihat DAP Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud dan ahli parti itu,
Syefura Othman.
Bercakap
kepada pemberita, Dyana berkata kenyataan Mashitah itu adalah "tidak
wajar" dan boleh mencetuskan ketegangan kaum.
Posted
by sabahkini.net
No comments:
Post a Comment