Eddie sah ceraikan Raja Azmi dengan talak satu




OLEH: KAMARUL AZMAN

KUALA LUMPUR: Produser filem penuh kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman, 55, kembali dengan status jandanya apabila suaminya, Mohd Eddie Ghazali, 46, yang juga pemain bass CRK telah melafazkan cerai dengan talak satu ke atas dirinya.

Lafaz cerai itu dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur kira-kira jam 3.08 petang tadi.

Baik Raja Azmi mahupun Eddie, kedua-duanya telah melahirkan rasa kesyukuran kerana proses perceraian mereka itu berjalan dengan lancarnya.

"Baik saya mahu pun Eddie, kami reda dan berfikiran terbuka dengan perceraian kami ini.

"Apa yang penting, kami dapat bertindak secara profesional. Dan, selepas ini, biarpun kami bukan lagi pasangan suami isteri, namun kami akan terus bersahabat sampai bila-bila pun," katanya seperti yang dilapor portal The Sabah Insider.net

Terdahulu, Raja Azmi pernah berkahwin dengan jaguh badminton negara iaitu Mohd Jalani Sidek tetapi gagal menjaga rumah tangga begitu juga perangai dan takbiatnya kalau keluar rumah tanpa minta izin terlebih dahulu kalau suaminya tegur (Jalani) melenting terus minta cerai.

Jadi punca penceraian dengan Eddie Ghazali mengulangi tabiatnya lamanya tak  boleh ditegur akibatnya membinasakan diri sendiri.

Kata sumber itu lagi Raja Azmi beruntung kerana dapat berkahwin lelaki  lebih muda daripada umurnya yang kini dah mencecah 55 tahun sedangkan bekas suaminya Eddie Ghazali baru berusia 46 lebih tua 12 tahun.






No comments:

Post a Comment