OLEH
SALEENA TITI
FOTO:
SAIMON S JUMADI
SANDAKAN:- Program Bersantai
Bersama JUWITA P186 Sandakan anjuran Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sandakan
yang diadakan di Ballroom Ibis Hotel
Water Front di sini pagi tadi walaupun diadakan secara sedarhana sahaja tapi meriah
Sebagai pengisian program ini adalah sesi
ceramah yang disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal (JIWITA) P186 Sandakan Hajah Dayang Siti
Pulau mengenai cara-cara hendak menjadi ahli JUWITA.
Katanya seorang ibu tunggal yang layak
menjadi ahli JUWITA yang pertama sama ada mereka bercerai hidup ataupun
bercerai mati mereka mestilah mempunyai surat cerai bagi mereka cerai hidup dan
bagi mereka yang bercerai mati mestilah mendapat surat mati daripada
jabatan-jabatan berkaitan.
“Bagi mereka yang bergelar ibu tunggal
seperti yang ditinggalkan suami sebegitu
sahaja mereka tidak layak menjadi ahli
JUWITA.”
“Perlu saya ingat di sini seorang ibu tunggal
sama ada mereka yang bergelar janda atau balu yang layak untuk menjadi ahli
iaitu diutamakan pengundi kawasan P186 Sandakan yang merangkumi DUN Tanjung
Papat dan Elopura lain-lain pengudi tidak akan diterima mereka untuk menjadi
ahli JUWITA sebab setiap Parlimen masing-masing mempunyai JUWITA” Tegasnya
Katanya
mana-mana balu atau janda yang mengundi di kawasan Parlimen P186 yang
ingin mendapat bantuan balu mereka
bolehlah mengemukakan sijil mati atau
surai cerai yang asal kepada Pengerusi
Kebajikan JUWITA iaitu Puan Salmah Hj Duraim untuk didaftarkan sebagai ahli
JUWITA untuk memudahkan mereka mendapat pelbagai bantuan.
Sementara dalam ucapan perasmian Ketua Wanita
UMNO Bahagian Saandakan yang juga selaku Penasihat JUWITA P186 Sandakan
antara lain menyatakan selain ibu-ibu
tunggal yang bergelar janda atau balu mendapat bantuan dari pelbagai aspek
ketua-ketua cawangan Wanita ahli-ahli cawanganpun turut mendapat bantuan.
Noraini selanjutnya berkata ahli-ahli Wanita
UMNO akan ditawarkan mendapat bantuan pembayaran rumah-rumah seperti mereka
menduduki di Program Perumahan Rakyat (PPR) atau rumah sewa lain-lainnya.
“Bagi mereka yang mempunyai rumah sendiri
sekiranya terdapat kebocoran atap atau dinding-dinding rumah mereka sudah usang dimamah gegat mereka juga dapat bantuan
untuk membaik pulih kerosakan rumah-murah mereka dengan menggambar semua
kerosakan yang dialami untuk diajukan kepada Setiausaha Wanita Bahagian UMNO
Sandakan.” Katanya.
Sambil itu Noraini memohon kerjasama kepada semua Ketua Wanita Cawangan UMNO supaya mencari
ahli-ahli baru supaya lebih ramai menyetai Parti UMNO Kawasan Sandakan.
Sebelum majlis bersurai Ketua-Ketua
cawangan yang lainnya temasuk 16 orang ibu tunggal masing-masing menerima sumbangan berupa baju dan beras lima
kilo daripada Noraini.
No comments:
Post a Comment