by admin
HONG KONG:- Berita luar negara menceritakan kisah seorang ahli perbankan dikatakan
mengupah pelacur dengan harga £1,000 (RM5,300) hanya beberapa hari sebelum
mayat wanita itu ditemui di apartmennya dalam keadaan mengerikan di Hong Kong.
Menurut sumber, Rurik Jutting, 29,
mengupah ibu dua anak, Sumarti Ningsih dan seorang lagi yang juga didakwa
mangsanya, Jesse Lorena beberapa kali selepas menemui mereka di kelab malam.
Sementara itu, seorang lagi pelacur
mendakwa melihat Jutting mencekik Jesse ketika mereka bertengkar di luar sebuah
kelab malam beberapa jam sebelum wanita itu dibunuh. Seorang lagi rakan juga mendakwa
Jutting - lulusan Universiti
Cambridge - sering mengadakan parti
liar, termasuk membabitkan dadah dan seks sehingga dua atau tiga hari di
kediamannya selepas mengambil 10 atau 11 wanita menemaninya.
“Setiap wanita dibayar HK$11,000
(RM4,700) untuk bersamanya sepanjang malam. Jadi secara keseluruhannya dia
menghabiskan HK$121,000 (RM52,000) untuk satu partim,” kata rakannya.
Jutting dihadapkan ke mahkamah
kelmarin atas dua tuduhan bunuh dan polis juga meluaskan siasatan ke Filipina
berikutan lelaki itu turut dilihat berada di ‘bandar seks’ Angeles.
Penyiasat tidak menolak kemungkinan
ada mangsa lain disebabkan pelbagai gambar ngeri ditemui di dalam telefon
pintar Jutting di dalam fail yang diberi tajuk ‘gambar mayat Yan.’
Seorang kenalan Sumarti berkata,
wanita Indonesia itu memberitahu rakannya beberapa hari sebelum dibunuh bahawa
dia akan menemui seorang lelaki yang melanggannya dengan bayaran RM5,300.
Sumber itu yang hanya mahu dikenali
sebagai AJ berkata, Jutting selalu bertengkar dan memukul wanita diupahnya.
“Dia mendakwa dirinya kaya, namun
amat kedekut. Selalunya wanita berkenaan meminta dibayar dulu namun dia akan
berkata ‘Jangan risau nanti saya bayarlah.’ - tetapi dia tidak pernah membayar
mereka.
“Dia tidak akan membayar walaupun
selepas mengadakan seks, malah kedekut untuk memberi wang teksi,” katanya.
Jutting nampak kusut dan memakai
kemeja-T hitam ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret kelmarin.
Dia mengaku memahami tuduhan
terhadapnya, namun tidak membuat sebarang pengakuan. Mahkamah memerintahkannya
ditahan sehingga 10 November ini. - Agensi
-
No comments:
Post a Comment