KUPUSAN DARI MEJA
EDITOR KANAN
SHAIMON S JUMADI
BERITA agak menggembirakan kepada
rakyat Sarawak bilamana Ketua Menteri Sarawak
telah mengumumkan bahawa di negeri bumi Kenyalang itu tidak kenakan
Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adakah kerajaan Sabah akan mengikut jejak
langkah Sarawak?
Seperti yang dipetik daripada laporan portal Berita Express dan the Borneo Post
menyatakan bahawa rakyat negeri ini boleh menarik nafas lega sekarang kerana
tidak perlu membayar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas semua
perkhidmatan majlis perbandaran dan kerajaan.
Persoalan disini timbul sama ada Datuk Musa Aman selaku Ketua
Menteri Sabah akan mengorak langkah bersama Sarawak, Johor, Pulau Pinang dan
juga Terengganu, dalam masa terdekat ini?
Kalau pun Musa gagal menyerapkan GST saperti di Sarawak, sekurang-kurang
nya beliau berikan justifikasi kepada rakyat Sabah mengapa negeri ini masih
kekal kan GST.
Dalam pada itu, dikatakan Ketua Menteri Sarawak,Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mengumumkan perkara ini semasa menyempurnakan Majlis Pemansuhan Tol Jambatan Lanang Sibu kelmarin.
Adenan berkata, kerajaan negeri sebaliknya akan membantu
membayar GST bagi perkhidmatan majlis perbandaran dan kerajaan.
Dengan langkah itu, katanya negeri ini adalah yang keempat di
negara ini selepas Johor, Pulau Pinang dan Terengganu kerana kerajaan
mereka juga
tidak melaksana GST bagi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan jabatan kerajaan.
tidak melaksana GST bagi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan jabatan kerajaan.
GST ini diperkenal oleh kerajaanpersekutuan dan bukan kerajaan
negeri,” katanya berucap di hadapan 10,000 hadirin yang hadir pada majlis
tersebut.
Bagaimanapun, Adenan memberitahu bahawa kerajaan negeri akan
cuba mencari jalan untuk mengurangkan beban ditanggung rakyat amnya, berhadapan
dengan GST.
Ini termasuk memansuh kutipan tol di jambatan di negeri ini
membabitkan Jambatan ASEAN, menurunkan caj feri di Long Lama dan Marudi dengan
RM1 daripada RM6, menurunkan tarif elektrik bagi pengguna kediaman dan
komersial.
No comments:
Post a Comment