OLEH: AZMI AZMAN
Gambar Menunjukkan:.....Linda
bersama Samsudin dan Rahimah merasmikan Balai Wanita Puan Hajjah Kasmah Salleh
di Kampung Gas
BATU SAPI:- Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen
Thau Lin yakin bahawa program-program seperti Program Pengarah Wanita, “Satu
Malaysia Support for Housewives dan “Women Career Come Back akan menggalakkan
kaum wanita memainkan peranan yang lebih aktif dalam pembangunan negara dan
menyumbangkan kepada kesejahteraan rakyat.
Dalam Belanjawan 2015
yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, Datuk Seri
Najib Razak baru-baru ini, satu strategi
iaitu Strategi Kelima Belanjawan ialah Memartabat Peranan Wanita, kata
Linda ketika merasmikan Balai Wanita Puan Hajjah Kasmah Salleh di Kampung Gas
kelmarin.
Ia termasuk
melibatkan usaha memperkukuh program Pengarah Wanita untuk mencapai 30 peratus
penglibatan wanita dalam kumpulan pembuat keputusan, program “Satu Malaysia
Support for Housewives” dan program “Women Career Come Back”, tambah beliau.
“Saya yakin
program-program ini akan menggalakkan kaum wanita memainkan peranan yang lebih
aktif dalam pembangunan negara dan menyumbangkan kepada kesejahteraan rakyat,”
katanya lagi.
Dalam pada itu, Linda
percaya dengan adanya Balai Wanita di Kampung Gas ini, lebih banyak kegiatan
boleh dianjurkan untuk kaum wanita dan menyumbangkan kepada strategi Kerajaan
untuk Memartabat Peranan Wanita.
“Saya menyarankan
penduduk-penduduk di Kampung Gas ini, terutamanya kaum wanita, menggunakan
sepenuhnya Balai Wanita ini untuk manfaat semua,” kata Linda.
Linda telah
menyempurnakan perasmian Balai Wanita yang dibina menggunakan peruntukan Ahli
Parlimennya, bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong merangkap Ketua
UMNO Bahagian Batu Sapi Datuk Samsudin Yahya dan
Ketua Wanita UMNO Batu Sapi Rahimah Asrah.
No comments:
Post a Comment