PERANAN NORAINI TERUS MEMBANTU GOLONGAN MISKIN DIMUSIM-MUSIM BULAN RAMADAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Sudah menjadi kelaziman dan tanggungjawab Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan terutamanya anak-anak yang dan ibu tunggal serta warga emas di setiap menjelangnya di bulan Ramadan yang mulia ini.

Itulah peranan yang dipraktikan oleh Noraini Sulong seorang pemimpin wanita yang sedarhana dan berjiwa rakyat kerana tidak pernah melupai golongan daif yang sememangnya mengharapkan bantuan dari setiap pemimpin untuk keperluan berbuasa dan menyambut hari leberan nanti.

Boleh dikatakan Noraini seorang pemimpin yang dinamik kerana terus berjuang membantu kepada golongan miskin khususnya di kawasan Elopura dan Tanjung Papat.

Katanya kita jadi pemimpin jangan sesekali lupa kepada golongan tertentu apa lagi dibulan Ramadan Al-Mubarak ini  banyakan bersedekah kepada golongan yang memerlukan itu adalah juga merupakan satu ibidah amal jariah yang dituntut Islam selain kita mengerjakan ibadah puasa selama sebulan agar mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah SAW.

Noraini seorang pemimpin yang disenangi oleh masyarakat khusus  kaum wanita kerana sikap keserdahaannya dan juga gandingan mantap dengan Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Hj Ampong Puyun denga Ketua Pemuda dan Ketua Pemimpin mereka memang sehaluan tiada masalah kalau membuat satu-satu aktiviti pastinya mendapat kerjamasama sepenuhnya semua pihak.

NORAINI.....Bersama-sama anak-anak yatim Kg Sim-Sim sejurus selepas menghulur bantuan raya



Selain itu Noraini juga rapat dengan pemimpin komponen BN seperti LDP, Gerakan dan juga PBS kerana setiap kali Wanita UMNO Sandakan mengadakan aktiviti kemasyarakatan ketiga pemimpin wanita daripada parti komponen BN tidak pernah diabaikan mereka mesti menyertainya antaranya  Ketua Bahagian PBS Tanjung Papat Shirly Chien Ketua Wanita PBS Bahagian Tg Papat Saleena Titi, Ketua Wanita LDP Lily Chung dan Ketua Wanita Gerakan Lily  Aw termasuk Ketua Wanita MIC.

Baru-baru ini satu majlis penyampaian sumbangan kepada 12 orang anak-anak yatim  yang diadakan di Surau Al Furqan Kampugn Sim-Sim .

Tujuanya memberikan sumbangan itu kata Noraini adalah untuk keperluan menyambut hari raya yang tidak lama lagi.


Sementara bantuan warga emas dan ibu tunggal juga akan diadakan pada masa terdekat ini. 

No comments:

Post a Comment