OLEH: SAIMON S JUMADI
SANDAKAN: Program Turun Padang Khidmat Rakyat
yang dikendalikan oleh Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong yang diadakan dihadapan Pasar Umum Tanah Merah dekat sini pagi tadi ia
membuka ruang kepada rakyat jelata untuk
membuat pelbagai aduan yang berkaitan dengan masalah-masalah tertentu.
Program tersebut yang bermula dari jam 7.30
hingga 10.00 pagi Wong yang dibantu mantan calon Tanjung Papat Frankie Poon mantan Calon Elopura George Hiew dan mantan
Calon Karamunting Calvin Chong termasuk
dua Pegawai Khas Parlimen Sandakan Amsi Liew dan Dayang Zubaidah Datu Tahil
tidak putus-putus didatangi orang yang ingin membuat aduan.
Wong berkata semua setiap bentuk aduan yang diterima akan direkodkan untuk disalurkan
kepada jabatan-jabatan berkenaan untuk diambil tindakan.
Kata Wong lagi program sebegini tidak hanya setakat ini sahaja diadakan malahan
beterusan dijalankan dilain-lain tempat lagi mengikut keperluan.
No comments:
Post a Comment