SOROTAN
DARI MEJA EDITOR
SHAIMON
S JUMADI
Apa
yang diperkatakan oleh Datuk Bung mengenai prilaku pihak ASTRO yang dianggap
telah menipu kerajaan dan rakyat terutama sekali para pelanggan memang benar
dakwaan Bung itu.
Selama
ini para pelanggan dan bekas pelanggan ASTRO yang sering berhadapan dengan
masalah bayaran tiada tempat mengadu
untuk meluahkan kemarahan para pelanggan sering menjadi mangsa penipuan.
Contoh
yang terdekat 50 peratus bekas pelanggan ASTRO sebelum siaran mereka minta
diputuskan atau ditamatkan kerana tidak
berminat dan tidak puas hati dengan siaran ASTRO mereka telah membayar bil-bil
terakhir agar tidak ada bil-bil yang tertunggak.
Tetapi
amat malang sekali pelanggan tadi yang sudah tidak lagi menjadi pelanggan
mereka setiap bulan masih lagi menerima bil-bil daripada pihak ASTRO sedangkan
mereka bukan lagi pelanggan ASTRO dan tidak lagi berhutang dengan ASTRO
disamping itu para pelanggan tersebut terus diganggu oleh agen-agen ASTRO.
Kita
terus terang saja sebenarnya siaran ASTRO sama sekali tidak berkualiti terlalu
banyak ikhlan mengalahkan siaran TV1-TV2 dan TV3 dan kebanyakkannya siaran
seperti Drama diulang-ulang siarannya macam tiada bahan cerita lain untuk
disiarkan.
Kalau
dibandingkan siaran TV1-TV2 dan TV3 lebih bagus daripada siaran ASTRO sudahlah
mahal bayarannya siaran tidak berkualiti dan konteks ini ramai pelanggan yang
sudah menjadi mangsa penipuan ASTRO menyokong cadangan Bung agar ASTRO ditutup saja daripada meneruskan siaran yang
tidak berkualiti menipu kerajaan dan para pelanggannya.
Atas
beranian Datuk Bung menyelar dan
membelasah pihak ASTRO merupakan satu
tindakan baik bagus dan dalam hubungan
ini Bung
harus diberikan penghormatan kerana membela rakyat yang tertipu oleh kejahilan ASTRO syabas Datuk
Bung jasamu tetap dikenang hingga keakhir rakyat.
Sebagai
menambah dakwaan Bung memang benar
siaran ASTRO tidak berkualiti langsung contohnya kalau ada angin kencang atau
angin sepui-sepui ditambah lagi keadaan
langit mendung seakan akan hujan
mahu turun siaran ASTRO terus terputus apa lagi kau hujan lebat berjam-jam
lamanya langsung tidak ada siaran ASTRO 2 hingga 4 jam lamanya bukan kah rugi pelanggan membayar bil bulanan.
No comments:
Post a Comment