BY ADMIN
OLEH THOMAS SUNGGIUK
KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee berkata,
kanak-kanak ini nanti bukan sahaja menjadi rakyat Malaysia yang “sah” tetapi
selepas itu mereka akan menjadi rakyat Sabah dan penduduk “asal” Sabah.
Yong ketika mengulas pengumuman Menteri Dalam Negeri untuk memberi sijil kelahiran kepada kanak-kanak jalanan dan yang tiada negara merupakan satu lagi tamparan kepada Sabah, yang sudah pun dibanjiri dengan masalah pendatang tanpa izin (PTI)
“Rakyat Sabah semakin curiga
dengan kerajaan. Kegagalan mereka mengumumkan laporan daripada Suruhanjaya
Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin yang sudah lama
dinanti-nantikan juga membuatkan penduduk semakin tidak sabar,” katanya dalam
kenyataan mengulas pengumuman menteri itu, Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini.
Beliau menyertai badan, parti politik dan individu lain yang mengecam
pengumuman Zahid itu dengan mengatakan, belum satu pun masalah pendatang di
Sabah yang diselesaikan kerajaan pusat.
Pemberian sijil itu kepada kanak-kanak katanya, akan hanya memburukkan
keadaan di mana ketika ini pun jumlah pendatang tanpa izin sudah pun melebihi
jumlah penduduk tempatan.
Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) itu percaya, tidak kira apa yang
dikatakan oleh Menteri itu dan para peguam mengenai isu ini, tidak dapat
dinafikan bahawa ramai pendatang mendapat MyKad walaupun tanpa sijil beranak.
“Seorang imigran tanpa izin katanya, boleh jadi rakyat Malaysia tanpa
sijil kelahiran. Apa tah lagijika kanak-kanak ini ada dokumen ini. Bukankah ini
kes beri sijil sekarang, MyKad kemudian?” katanya. “Isu ini benar-benar
membuatkan penduduk Sabah kesal dan pendekatan lebih sesuai perlu dicari untuk
menyelesaikan masalah ini.”
Satu cara penyelesaian, kata Yong, ialah menyatukan semula ahli keluarga
iaitu dengan kanak-kanak itu dengan ibu bapanya. Pendekatan ini lebih
berperikemanusiaan daripada mengiktiraf perpisahan itu dengan memberi
kanak-kanak surat beranak.
‘Dalam hal ini, kerajaan Malaysia, Filipina dan Indonesia mesti
bekerjasama untuk menyatukan kanak-kanak ini dengan keluarganya di negara asal
mereka. ‘
Menurut Yong, sesetengah kanak-kanak ini dilahirkan di luar Malaysia dan
dibawa masuk kemudian ditinggalkan oleh ibu bapa mereka. “Ada yang kehilangan
ibu bapa sebab ditahan dan dihantar balik ke negara asal selepas ditahan dari
tempat kerja seperti tapak-tapak binaan.”
Yong berkata, ramai tahu bahawa kebanyakan anak-anak pendatang ini
adalah kanak-kanak jalanan yang terpisah daripada ibu bapa mereka.
Menyatukan keluarga, katanya, merupakan pendekatan terbaik dan kaedah
ini diguna pakai di kebanyakan negara.
ANAK-ANAK PATI.....Bakal menjadi warganegara Malaysia jika diberikan Sijil KelahIran ini untuk menambah rakyat Sabah
No comments:
Post a Comment