OLEH: KAMURUL ZAMAN
PETALING JAYA: Kedudukan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali kini
tergugat dan tidak selamat, malah beliau akan berdepan dengan penguatkuasaan
undang-undang jika terus membuat kenyataan tidak sensitif terhadap agama lain,
kata Presiden Parti Rakyat Sarawak Tan Sri Dr James Masing.
"Beliau (Ibrahim) kini dalam keadaan tergugat dan ini harus
dijadikan amaran kepadanya. "Beliau tidak sepatutnya membuat kenyataan
agama yang tidak sensitif kerana
Kerajaan akan mengambil tindakan terhadapnya jika dia melakukannya sekali
lagi," kata James kepada The Sabah Insider kelmarin.
Walaupun mungkin terdapat pertimbangan undang-undang mengapa Ibrahim
tidak dituduh di bawah Akta Hasutan, James, yang juga Menteri Pembangunan Tanah
Sarawak, berkata Presiden Perkasa itu tidak sepatutnya dilepaskan begitu
sahaja.
SAYA CABAR....Siapa berani tangkap saya walaupun saya buat kesalahan Kerajaan tetap lindungi saya, saya kebal undang-undang
"Berdasarkan kedudukan
beliau sebagai seorang ahli politik dan pemimpin sebuah pertubuhan hak Melayu,
kenyataannya adalah sangat tidak patut bagi masyarakat berbilang kaum di
Malaysia.
"Apa yang dia lakukan adalah tidak sihat untuk kesejahteraan negara
kerana ia boleh membawa kepada kewujudan pandangan ekstremis pada masa akan
datang," katanya.
Dalam jawapan bertulis pada Rabu untuk Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Menteri
di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata tiada tindakan akan diambil
terhadap Ibrahim mengenai ancaman untuk membakar Bible pada Januari tahun lepas
yang mencetuskan kemarahan ahli-ahli politik dan kumpulan Kristian.
Beliau berkata polis telah membuat kesimpulan bahawa kata-kata Ibrahim
itu hanya ditujukan kepada individu tertentu dan bukan satu ancaman kepada
masyarakat dan dibuat untuk melindungi kesucian Islam.
Beliau berkata Pejabat Peguam Negara telah membuat keputusan untuk tidak
mendakwa Ibrahim selepas meneliti konteks ucapannya dan berdasarkan Perkara 11
(4) Perlembagaan Persekutuan.
ReplyDeletePERINGATAN: The Sabah Insider. News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.