OLEH:
ROBERT LEE

Kata Menteri
di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Dr Shahidan Kassim ketika menjawab
pertanyaan dari Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin semasa
persidangan Dewan Rakyat, yang minta Menteri menyatakan impak perintah
berkurung di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSZONE) yang
dilaksanakan sejak Julai 2014, keatas ekonomi di Pantai Timur Sabah terutamanya
sektor pelancongan dan perikanan.
“Bagi
nelayan yang ingin keluar menangkap ikan sepanjang tempoh Perintah Berkurung,
mereka boleh mendapatkan permit untuk menjalankan aktiviti perikanan di zon
perairan Perintah Berkurung daripada Ketua Polis Daerah,” tambah Shahidan.

Dari aspek
pelancongan pula, terdapat penurunan jumlah pelancong ke ESSZONE antara bulan
April hingga Jun 19 2014. Namun, lawatan
daripada Pesuruhjaya Tinggi British dan Kedutaan Jepun ke ESSZONE bagi tujuan
mengkaji semula “Travel Advisory” telah berpuas hati dengan tahap keselamatan
dan langkah-langkah yang telah diambil oleh ESSCOM, katanya lagi.
Sehubungan
dengan itu, sejak bulan Julai 2014, ketibaan pelancong-pelancong asing mula
menunjukkan peningkatan. Perangkaan data tempahan di pusat-pusat peranginan
juga menunjukkan peningkatan ketibaan dari tempahan dalam kalangan pelancong
asing mulai minggu pertama Oktober 2014 hingga Disember 2014, kata Shahidan.
“Pengusaha-pengusaha
pusat peranginan dan pelancong juga rata-rata berpuas hati dengan tahap
keselamatan di kawasan perairan ESSZONE. Mereka berharap perintah berkurung ini
dapat diteruskan agar keselamatan mereka lebih terjamin,” kata Menteri.
No comments:
Post a Comment