By Admin
Tolong Kongsikan berita ini kepada sahabat dan
rakan-rakan anda
ASSALAMULAIKUM
dan Salam 1Dunia, kesihatan adalah aset
paling penting dalam kehidupan tetapi ramai yang tidak memberi perhatian.
Bila
sudah sakit barulah kenal erti sihat yang selama ini dibiarkan bagai tidak
ada nilai. Untuk menjaga kesihatan kita wajib minum 8 gelas air kosong sehari
tetapi berapa ramai yang ambil kisah dengan jumlah air yang diminum. Tidak
ramai yang tahu dengan segelas air
kosong boleh menyembuhkan penyakit apatah lagi kalau diamalkan 8 gelas sehari pasti sangat bagus
untuk kesihatan.
Cerita kisah air mineral ini aku tertarik dengan
jemputan daripada Syarikat Spritzerkerana dah lama sangat
dengar isu tentang air minuman Spritzer yang dikatakan “air mineral mayat” kerana lokasi kilangnya yang berdekatan dengan jirat cina (kubur
cina).
Cerita dah tersebar luas melalui khabar angin dan desas desus di sosial
media antaranya Facebook, Twitter, SMS dan sebagainya. Tapi tak ada bukti kukuh
setakat ni yang mengatakan air minuman Spritzer mengandungi mineral mayat.
Baru-baru ni team Denaihati Network join sekaki trip
lawatan ke kilang Spritzer yang terletak di Air Kuning,
Taiping, Perak bersama beberapa orang rakan blogger.
Dengan peluang yang diberi
tu boleh pergi tengok sendiri keadaan kilang Spritzer dan dapatkan info sebenar
berkaitan isu sumber air yang dikatakan.
Kilang Spritzer ni boleh tahan juga besarnya.
Kawasan kilang dikelilingi hutan tropika di tanah seluas 330 ekar (bersamaan
luas 330 padang bola sepak).
Masa kami pergi hari tu pihak Spritzer bawa kami
tengok sendiri dari mana punca air yang menjadi sumber air minuman Spritzer.
Lokasinya di atas bukit dan sumber air yang digunakan adalah air
bawah tanah.
Air bawah tanah tu disalurkan ke kilang melalui
paip khas yang dari sumber air bawah tanah sedalam lebih 400
kaki di bawah tanah.
Paip tu ditempatkan dalam sebuah rumah pam
dan dijaga dengan baik. Jumlah rumah pam untuk penyaluran air bawah tanah ada 9
buah dan terletak di 9 lokasi berbeza di atas bukit. Dari atas bukit tu boleh
nampak kawasan empangan Lembaga Air Perak (LAP).
Ada juga terdengar cerita air keluaran Spritzer
menggunakan air dari empangan LAP.
Pihak Spritzer beritahu mereka tak gunakan air dari empangan
LAP tu sebab Spritzer hanya menggunakan air dari rumah pam mereka iaitu air
yang disedut dari bawah tanah.
Air bawah tanah yang diproses menjadi air
minuman Spritzer kaya dengan kandungan Asid Ortosilisik (OSA).
Mengikut kajian yang dibuat, OSA mampu mengurangkan
kandungan aluminium dalam badan yang menjadi punca kepada penyakit alzheimer (kurang
daya ingatan). Selain dari tu, OSA juga dapat bantu mengekalkan kesihatan dan
keremajaan kulit.
Tentang isu “air mineral mayat” tu kami dah pun
tengok sendiri jirat cina yang dikatakan dekat dengan kilang Spritzer. Betul,
memang dekat. Tapi tak lah dekat sangat. Jarak antara kilang dan jirat cina tu
lebih kurang 5 kilometer. Dekat ke jauh?
Kita pun kena faham cara orang Cina
kebumi mayat tak sama dengan cara orang Islam, biasanya di jirat yang
dikebumikan hanya abu mayat yang telah dibakar di tempat lain.
Rasanya tak perlu timbul isu tentang ni sebab yang
dekat dengan jirat cina tu hanya kilangnya, tapi sumber airnya jauh di atas
bukit dan memang jauh dari lokasi jirat cina. Boleh tengok sendiri lokasi
kilang Spritzer, sumber air Spritzer dan lokasi jirat cina dalam peta di bawah.
Peta diambil dari Google Map (Kredit kepada HafizRahim.com)
Terpulang pada diri masing-masing sama ada nak
percaya ataupun tidak.
Rasanya pihak berkaitan mesti dah fikir sebaik-baiknya
tentang lokasi kilang, lokasi empangan dan lain-lain sebelum ianya mula
beroperasi. Takkan lah mereka nak bagi kita minum air mayat.
Gambar di bawah ni menunjukkan lokasi sumber air
Spritzer yang terletak di atas bukit. Memang sangat jauh dari lokasi jirat
cina.
Kami juga dibawa meninjau kawasan dalam kilang
Spritzer dan dapat tengok sendiri macam mana produk-produk air minuman Spritzer
diproses. Bahagian dalam kilang penuh dengan mesin canggih yang sentiasa
dipantau oleh pekerja mereka sepanjang proses penyediaan air minuman.
Proses penyediaan air dalam kilang dibuat dengan
penuh teliti, dikawal dengan rapi dan terjaga kebersihannya. Sebelum kami masuk
ke dalam kilang pun kena patuh beberapa prosedur yang telah ditetapkan untuk
tujuan keselamatan dan juga bagi menjaga kualiti air yang diproses.
Sepanjang lawatan kami di kilang Spritzer mereka
beri penerangan ringkas tentang sejarah kilang Spritzer, bagaimana air Spritzer
diproses, penerangan kandungan mineral dalam air, kebaikan air mineral Spritzer
dan lain-lain lagi.
Kat situ baru aku tahu rupanya Spritzer bukan saja
keluarkan air mineral tapi ada banyak lagi produk-produk lain keluaran mereka
seperti Spritzer + FIBRE, Spritzer Sparkling, Summer Mini Cola, Spritzer Pop
dan Spritzer Tinge.
Selain tu, kilang Spritzer juga memproses air
mineral untuk air minuman jenama lain antaranya air mineral Mesra, air mineral
Cactus, dan banyak lagi.
Untuk pengetahuan semua, Spritzer
disahkan HALAL oleh JAKIM dan lulus piawaianSIRIM, HACCP dan juga Kementerian Kesihatan
Malaysia. Produk yang disahkan HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
takkan lah ada air mayat, betul tak? Untuk mengesahkan lagi rakan blogger Shakiddo.com telah bertanya dengan pihak JAKIM tentang status sumber air
Spritzer.
Oleh sebab cerita tentang air Spritzer air mineral
mayat dah lama tersebar, ramai yang was-was dan mempersoalkan status halal
haram air keluaran Spritzer. Dengan jawapan yang diberi oleh JAKIM ni diharap
dapat memuaskan hati semua pihak. Boleh juga semak status halal produk Spritzer di Halal Directory.
“Salam.. Sumber air yang diambil adalah terjamin
selamat dan suci. Mendapat pengesahan Kem Kesihatan Malaysia dan mepunyai
status halal yang sah” – Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
Kepada rakan-rakan yang ada perasaan was-was kena
tanya pada diri sendiri adakah perasaan was-was masih ada walaupun produk sudah
mempunyai status
halal Jakim.
Seandainya meragui status halal Jakim maka anda seperti meragui Jakim sebagai badan yang memberi status
halal. Was-was dengan kehalalan makanan dan minuman sangat penting kerana
mempengaruhi sumber makanan yang kita ambil.
Kalau was-was dengan makanan atau
minuman tertentu cara terbaik jangan ambil makanan atau minuman tersebut tetapi
kalau was-was dengan badan yang memberi status halal itu bahaya sebab mungkin
kita tak boleh makan semua makanan yang mendapat status halal dari bandan
tersebut. Paling baik rujuk dengan ustaz jangan buat andaian sendiri soal haram
haram.
Spritzer juga telah menerima banyak anugerah
antaranya Readers’ Digest
Trusted Brand Platinum Award selama 12 tahun berturut-turut,
anugerah Frost & Sullivan Asia Pacific Bottles Water Company
of The Year (botol yang tak membahayakan pengguna) dan
anugerah Best Brands Signature Award oleh The Brandlaureate.
Selama ni aku pun hampir-hampir percaya dengan
khabar angin berkaitan air Spritzer ni. Bila dah tengok sendiri depan mata
sumber air yang digunakan oleh Spritzer dan macam mana air bawah tanah tu dipam
dan diproses barulah rasa yakin sikit.
Air Spritzer memang bersih dan selamat untuk
diminum. Isu tentang “air mineral mayat” tu ternyata salah! Diharap cerita
palsu tu dapat dihentikan lah.
Untuk maklumat lanjut tentang Spritzer boleh layari laman
web rasmi Spritzer diwww.spritzer.com.my atau Facebook Spritzer dan juga @SpritzerWater di Twitter.
No comments:
Post a Comment