OLEH: KAMARUL AZMAN
KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan Putrajaya
hari ini memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan)
1992 yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita
bercanggah dengan perlembagaan.
Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menyampaikan keputusan yang mengisytiharkan Seksyen 66 sebagai terbatal.
Keputusan berkenaan secara tidak langsung mengiktiraf hak golongan transgender yang mengalami disforia gender dan berpakaian serta berkelakuan seperti wanita.
Keputusan berkenaan disambut dengan gembira oleh para penyokong dan kumpulan transgender yang hadir di mahkamah hari ini.
Kes berkenaan difailkan oleh Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, pada 2 Februari 20122, untuk mencabar kesahakan peruntukan terbabit.
Mengikut Seksyen 66, mereka boleh dihukum penjara maksimum enam bulan penjara dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Syariah.

Mereka menamakan kerajaan negeri Negeri Sembilan,
pengarah jabatan agama Islam negeri, pengarah penguatkuasa syariah dan ketua
pendakwaan sebagai responden.
Mereka turut memohon perintah mahkamah untuk menghalang penahan dan pendakwaan ke atas mereka.
Makhamah Tinggi Seremban yang menolak permohonan tiga individu berkenaan memutuskan bahawa agar hak tersebut diketepikan kerana mereka dilahirkan sebagai lelaki Islam dan perlu mengikut undang-undang dan ajaran agama.
Panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan hari ini turut dianggotai Hakim Datuk Aziah Ali dan Hakim Datuk Lim Yee Lan.

Rentetan daripada kes ini baru-baru ini pertandingan Ratu Cantik
Pondan (Miss Universe Pondan) dari seluruh Malaysia telah diadakan di sebuah
hotel Best Western Hotel Bandar Litat Jaya Sandakan.
Lebih 50 orang pondan telah menyertai pertandingan
tersebut untuk merebut gelaran Miss
Universe Pondan Malaysia 2014
Sempena pertandingan itu pihak penganjur telah menjual
meja setiap seorang dikenakan bayaran RM100.00 dan sambutan amat menggalakan.
PERINGATAN: The Sabah Insider. News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.