OLEH: KAMARUL AZMAN
KUALA LIMPUR:-Bertempat di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tercipta sejarah apabila Akademi Fantasia 2014 telah berjaya melahirkan sebutir bintang dengan kemenangan Mhd Firman Bin Basir atau lebih senang dikenali sebagai Firman yang berasal dari Sabah.
Firman telah berjaya mengenepikan 4 peserta lain dengan membawakan 2 buah lagu yang berjudul Kejoraku Bersatu (Search) dan lagu kedua Di Pintu Mu ciptaan M. Nasir sepenuhnya.
Persembahan yang cukup memukau penonton di Auditorium MBSA melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM 50,000 beserta sebuah kereta Toyota Vios, pakej percutian ke Osaka untuk seorang tajaan HNH Tours dan beserta trofi sumbangan Astro.
Menariknya di sini Firman memberitahu yang wang kemenangannya itu mahu menunaikan hasrat untuk membawa kedua-dua ibu bapanya menunaikan umrah dan selebihnya ingin mendermakan wang kemenangannya itu ke Gaza.
“Saya pernah lalui kepayahan dan kesusahan. Jadi, saya sedar bagaimana sukar pun hidup saya, ada lagi yang lebih susah dari saya,” katanya ringkas.
Manakala tempat kedua disandang oleh pelajar yang berasal daripada Melaka iaitu Mohd Razman atau lebih popular dikenali sebagai Aman. Dia membawa 2 buah lagu berjudul Mewangi nyanyian asal Akim Ahmad dan lagu keduanya Without You dicipta sepenuhnya oleh Awi Rafael.
Aman berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM 30,000 beserta sebuah kereta Perodua Myvi, pakej percutian ke Osaka Jepun untuk seorang tajaan HNH Tours, beserta trofi.
Tempat ketiga dimenangi oleh Ewal, tempat ke-4 dimenangi oleh Nuha dan tempat ke-5 dimenangi oleh Adel. Sekalung Tahniah kami ucapkan dan selamat datang ke industri hiburan tanah air buat kesemua pelajar AF2014. Jumpa anda semua di dunia realiti hiburan
No comments:
Post a Comment