KENAIKAN HARGA MAKAN DAN MINUM 90 PERATUS DI RESTORAN BEBANKAN PELANGGAN


OLEH AZMI AZMAN

SANDAKAN:- Ekoran kenaikan harga minyak 20 sen ramai di kalangan peniagaan restoran dan kedai makan  mengambil kesempatan untuk  menaikan harga makanan dan minuman melonjak sehingga 70  hingga 80 peratus.

Ini terdapat beberapa  buah restoran khususnya kedai mamak kelmarin ada beberapa rakan pergi ke restoran mamak mereka memesan empat keping roti canai kosong  untuk makan empat  orang  sambil mereka memesan minuman panas iaitu itu teh O dan teh tarik.

Harga biasa  roti canai kosong ialah  RM1.20 sekeping kalau empat keeping baru RM4.80 sen minuman panas teh O harga biasanya  RM1.00 dan tah tarik RM1,50 sen.

Kata seorang pelanggan yang  hanya  dikenali sebagai Rosman  menjelaskan  sekali dikira makan minum  mereka telah dikenakan membayar RM14.40 dan sepatutnya mereka mambayar cuma RM9.80 sahaja


“Saya coba tanya dengan salah seorang pekerja restoran Mamak itu berapa harga roti canai kosong, teh O dan teh tarik  katanya harga roti canai kosong harga sekarang sudah dinaikan dari harga RM1.20 kini RM1.80 sementara harga Teh O harga dulu RM1.00 kini RM1.60 dan teh tarik harga dulu ia RM1.50 sekarang dinaikan RM2.00.” katanya.

Oleh kerana tiada pemantauan pihak berkuasa maka para peniaga restoran dengan sesuka hati menaikan harga makanan sewenang-senangnya.


HARGA MAKANAN DIRESTORAN MAMAK
JENIS MAKANAN                     HARGA LAMA        HARGA BARU
01.Roti Canai Kosong                 RM1.20            `RM 1.80
02.Roti canai Telur                      2.00                         2.60
03.Teh O                                     1.00                         1.60
04.Teh Susu                                1.50                         2.00
05.Teh Tarik                                1.50                         2.30
06.Minuman Tin                           2.00                         2.50
07.Kopi O                                    1.20                         2.00
08.Kopi Susu                               1.50                         2.50
09.Minuman sejuk rata-rata         2.50                        4.00
10.Nasi campur tengok lauk        4.00                         6.00
11.Mee Goreng Sea Foods         6.50                        8.50
12.Mee Goreng Ayam                  6.00                        7.50
13.Nas Brayani                             6.00                       10.00
  
Apapun terpulanglah kepada pelanggan-pelanggan mengikut hawa  nafsu nafsi  dan selera masing-masing walaupun harga makanan kini sudah melambung 90 peratus namun makanan   semahal manapun tetap  dicari orang juga.

Kalau rasa tak mampu makan di restoran makan saja di warung-warung dan di atas pasar harganya  sedarhana sahaja berbanding di restoran-restoran berkenaan.


No comments:

Post a Comment