OLEH: KAMARUL AZMAN

Katanya setelah hampir 30 tahun Proton beroperasi, sehingga kini asyik
‘menciplak’ barangan dan produk luar negara.
“Dulu kita ‘ciplak’ enjin dari Mitsubishi, dan untuk Proton Perdana
‘ciplak’ pula dari Honda Accord. Apakah kita tidak ada perancangan untuk
mencipta kereta buatan Malaysia sendiri,” katanya dalam soalan tambahan kepada
Mustapa.
Jelasnya, bukan hanya rakyat, beliau sendiri turut malu dengan kenyataan
bahawa syarikat automobil negara tersebut masih meniru hasil kerja luar.
“Saya cadangkan supaya pihak kerajaan terus menggunakan Honda Accord dan
bukannya kereta ‘tiruan’ Honda Accord,” katanya.
Jelasnya lagi, adakah rakyat di negara ini ketandusan idea, dan dengan
teknologi yang ada, adakah kita tidak mampu untuk membangunkan industri kereta
di Malaysia.
“Jika berterusan begini, nampaknya Proton tidak mempunyai masa depan,”
katanya.
Kata Bung kepada Mustapa, sebagai seorang menteri, tentunya malu mempunyai
sebuah kereta jenama Malaysia tetapi tidak bermutu tinggi hanya dengan mengubah
19 barangan di dalam kereta tersebut.

Bagi menjawab persoalan Bung itu, Mustapa tidak menafikan bahawa
sebahagian komponen kereta Proton Perdana itu diambil di Jepun manakala, 33
peratus komponen tersebut adalah buatan dari Malaysia.
“Iriz umpamanya adalah kereta asli buatan Malaysia. Iriz adalah sebuah
kereta yang mana enjnnya 90 peratus buatan Malaysia.
“Tidak benar jika ada yang mengatakan bahawa Malaysia tidak mempunyai
kereta buatan Malaysia,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment