SABAH SEMAKIN PARAH?


KITA Sabahan selalu saja marah- marah  dan mengatakan Malaya tidak benar. Siapa yang dimaksudkan dengan kata Malaya itu?
Cuba kita teliti PRU13 dan jelas PR mendapat undi 52%, sedang BN mendapat undi 47% dan itu hakikatnya.
Cuma cara di Malaysia ini dikira parti mana mendapat manjoriti/melebih 112 kerusi MP, maka parti berkenaanlah yang menduduki putrajaya dan ternyata BN kelebihan 33 kerusi MP ketika itu.
Cuba kita nilai lagi Sabah ada 25 MP dan Sarawak mempunyai 31 kerusi MP dan yang memenangkan BN sebenarnya ialah kesan di Sabah dan Sarawak mempunyai 56 kerusi dan bayangkan Sabah/Sarawak ini tidak menyokong BN, bukankah BN tumbang?
Sekarang semula kita fikir, kenapa harus marah Malaya, sedang Malaya itu rata2 menolak BN, tetapi kesan Sabah menyokong, maka terselamatlah Najib dari tersungkur.
Jadi, siapa yang disalahkah dalam keadaan ini?
Di Sabah sekarang ini sebuk sangat anti Malaya dan mengatakan harus keluar dari Malaysia dan apakah kata-kata itu sekadar angin yang lalu?
Saya perhatikan kemarahan rakyat di Sabah ini bukan kerana mahu keluar dari Malaysia, tetapi kesan kepimpinan Najib/Umno pusat tidak adil.
Yang marah itu bukan saja parti dalam PR, tetapi juga Star termasuk orang BN sendiri yang diam memberontak secara diam-diam  dan ini kemungkinan saja parti PBS, PBRS dan juga UPKO termasuk yang atas pagar.
Kemarahan ini sebenarnya tidak sampai ke mana dan bila musim election di PRU-14 semuanya kecundang dan yang benar BN bakal juara dan ini kena akui.
Di musim lalu pembangkang di Sabah tidak bersatu dan kesan tidak bersatu itulah ada satu-satu  kawasan seharus diraih oleh pembangkang, kesan diletak calon PKR, BN, SAPP dan juga STAR, maka oleh sebab undi pecah, maka akhirnya BN yang juara dan ini nampak perpecahan yang cukup merugikan.
Di PRU14 ini kelak, selagi sikap itu terus sama, maka akan kita lihat lagi teruk keputusannya dan ini boleh dikatakan antaranya ada 13 parti baru di Sabah diluluskan pendaftarannya dan ini lagi celaka istilahnya.
Sabah akan susah dan terus susah selagi PBS, PBRS dan UPKO dalam BN kerana di situ kaum KDM akan pecah seribu dan tidak hairan dimusim mendatang pembangkang bakal tidak meraih sebarang kerusi kecuali DAP atau PKR atas bantuan DAP di kawasan Bandar yang cina secara diam menyatu tolak BN.
Makanya untuk merubah keadaan ini parti2 dalam PR disamping SAPP dan STAR harus duduk semeja membincangkan hal ini dan barangkali terbaik untuk 60 DUN di Sabah diserahkan saja kepada parti lokal, sementara 25 MP serah kepada PR untuk duduki putrajaya.
Meski demikian, saya kira ada semacam harapan meski tidak sepenuhnya kesan BN ini parti yang memerintah akan ada bermacam muslihat mereka lakukan termasuk pengunaan SPR, JPN dan jabatan2 lain yang secara tidak langsung di bawah kementerian kena akur perintah atasan menteri berkenaan.
Sabahan kena berfikir mulai sekarang dan harus bertindak secara bijaksana dan kalau gagal maka yang jelas semua gigit jari dan untuk minta keluar dari Malaysia juga sia2 termasuk PR yang mahukan AUTONOMI sebab PBB akan lihat berdasarkan undi rakyat yang ditentukan kepada 60 DUN di Sabah.
60 DUN di Sabah sebenarnya adalah suara rakyat dan jika 60 DUN ini bersuara satu hati maka baik perkara 20 dan PERJANJIAN 63 itu tidak akan terpakai sebab PBB akan melihat suara rakyat Sabah.
Inilah hakikatnya!
NURLIYANA ABDULLAH

No comments:

Post a Comment